Saturday, May 26, 2018

GRO, Baling Kerusi Kepada Polis. Tak Mampukah PH Selesaikan?

 SERBUAN Ops Noda yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak di sebuah hotel bajet di Jalan C.M Yusuf. - Foto Farah Suhaidah Othman 


IPOH: Berang keasyikan dibuai layanan wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing, empat lelaki bertindak menyerang dan membaling kerusi kepada polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan yang beroperasi melebihi masa di bandar raya ini awal pagi hari ini.
Empat lelaki tempatan berusia 30 hingga 40 tahun itu antara 48 individu yang ditahan dalam dua serbuan berasingan dijalankan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bermula 9.30 malam hingga 3 pagi.

Serbuan dijalankan di sebuah pusat hiburan di Jalan Mustafa Al Bakri dan hotel bajet di Jalan C.M Yusuf di sini, membabitkan tangkapan lapan GRO warga Vietnam dan seramai 11 wanita warga Thailand serta seorang wanita Laos dipercayai pelacur selain 28 pelanggan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, ketika serbuan dijalankan di pusat hiburan berkenaan, berlaku sedikit kekecohan dalam kalangan pengunjung premis terbabit.
"Ketika serbuan dijalankan, empat lelaki dipercayai pelanggan pusat hiburan itu bertindak menyerang polis dengan membaling kerusi dan keempat-empat lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK) kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
"Dalam serbuan itu, kita turut menahan 29 individu termasuk lapan GRO warga Vietnam serta seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai penjaga premis," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan.
Katanya, siasatan awal mendapati pusat hiburan berkenaan juga beroperasi melebihi tempoh masa ditetapkan yang sepatutnya tamat pada jam 1 pagi.
Sementara itu dalam serbuan sebuah hotel bajet pula Yahya berkata, polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai penjaga premis berusia 41 dan 48 tahun serta 12 wanita dipercayai pelacur warga Thailand dan Laos berusia antara 35 hingga 40 tahun selain lima lelaki warga asing dipercayai pelanggan.
"Pemeriksaan polis mendapati hotel berkenaan mempunyai lebih 10 bilik di dalamnya dan terdapat banyak pintu rahsia yang dipercayai laluan tikus yang membolehkan pelacur atau pelanggan melarikan diri ketika serbuan dijalankan.
"Siasatan awal mendapati semua pelacur berkenaan menerima bayaran antara RM30 hingga RM80 mengikut kategori usia masing-masing," katanya.
Beliau berkata, polis turut merampas dua telefon bimbit, empat botol pelincir, 70 keping kondom dan wang tunai RM1,515 yang dipercayai hasil kegiatan pelacuran yang dijalankan di hotel berkenaan.
Katanya, semua yang ditahan kemudian dibawa ke IPK Perak untuk urusan dokumentasi dan siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 55 (B) Akta Imigresen 1953; Seksyen 39 (B) Akta Imigresen 1963; Seksyen 373 KK; Seksyen 372B KK; Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 186 KK.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Walaupun PH memerintah, apakah  ia juga sama seperti pentadbiran BN dulu? Contohnya lihat seperti kes-kes di bawah ini sebelumnya.. Pusat hiburan sudah jadi pusat maksiat! Tidak ada idea penyelesaiankah dalam masalah ini.. Mana otak-otak pintar dalam PH? 

Maaf, kita kritik sikit kerajaan baru PH. Lihat, apa kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan...





6 comments:

Anonymous said...


Wah penyakit gila mahligay telah kembali semula. Konon berpesan pada orang konon Guna akal tu elok-elok. Jangan jadi jahat sangat, ya. tetapi mahligay sendiri mengalahkan iblis dan syaitan dengan mencipta dan menjaja pelbagai fitnah untuk menipu dan menghasut orang ramai membenci PAS sebelum PRU 14.

Cukup-cukuplah mahligay membabikan diri menjadi cybertrooper penjilat dedak roket!

Hanya kaki berak dan kaki kencing sahaja yang menyokong dan bersetuju dengan penjaja fitnah seperti mahligay!



Anonymous said...


Pemimpin-pemimpin pakatan berjanji sebelum PRU14 konon pakatan akan hapuskan GST, turunkan harga minyak , mengurangkan beban rakyat dll sebaik sahaja memenangi PRU14.

Malangnya GST tidak dihapuskan, harga minyak tidak turun dan harga barang keperluan asas rakyat meningkat gila babi sebaik sahaja pakatan menang.

Bukankah ini bererti pemimpin-pemimpin pakatan ingat urus negara sama macam urus keluarga mereka?

Masa cybertrooper dan pemimpin pakatan sibuk berkempen menfitnah parti Islam PAS sebelum PRU14, cybertrooper dan pemimpin pakatan tidak pula mahu bercakap tentang SOP polis dan undang2 !

Anonymous said...


komen-komen cybertrooper ternakan pakatan memang patut kena delete pun sebab komen-komen tersebut selalu ada niat provoke dan menfitnah parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

cybertrooper pakatan memang patut dilaknat kerana sibuk menjaja fitnah menipu rakyat.

I said...

Apa lagi yang perlu dilakukan. Serbuan pihak polis itu adalah tindakan yg telah dilaksanakan mengikut undang2 yg dibenarkan. Kalau nak diambil tindakan luar batas tak taulah pulak...

ted manoff said...

Aku dh hubungi pegawai skmm utk pantau blog nii..sampai masa kita bertindak..tq yb gobind..

Anonymous said...


Wah tard munafik menggunakan kaedah mafia untuk menegakkan kebatilan dan menghapuskan kebenaran. Tiada perbezaan antara Be End dan pakatan !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails