Thursday, May 24, 2018

Royalti Minyak: Rupanya 2 X 5, Sama UMNO Dengan PH.



KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu tetap akan menerima manfaat hasil nilai setara dengan royalti minyak dan gas daripada kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH), namun ia tidak akan diberi secara langsung kepada pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS ketika ini.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata kerajaan Terengganu tidak perlu mempolemikkan isu royalti minyak sehingga mengelirukan rakyat kerana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan memikirkan kaedah sesuai agar manfaatnya diterima secara langsung oleh rakyat negeri itu.

Azan yang juga timbalan pengerusi PH Terengganu berkata, kerajaan negeri tidak berhak menuntut royalti kerana ada halangan jelas dari sudut perundangan apabila kerajaan Terengganu sebelum ini di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) secara sukarela menarik balik tuntutan saman terhadap kerajaan persekutuan suatu ketika dahulu.

“Oleh kerana pentabiran yang berbeza di antara kerajaan pusat dan negeri ketika ini, isu tuntutan hak pembayaran royalti kini hanya tertumpu kepada proses rundingan politik antara kerajaan PAS Terengganu dengan kerajaan pusat,” katanya hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menyuarakan harapannya supaya kerajaan pusat tidak mengulangi kesilapan BN, seterusnya menghormati Perjanjian Pembangunan Petroleum 1975 dengan mengembalikan bayaran royalti kepada Terengganu.

Kenyataan itu dibidas Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang mahu kerajaan negeri menggunakan pendekatan lebih beradab sekiranya mahu mewujudkan kerjasama dengan kerajaan pusat, khasnya berkaitan royalti minyak. (MINDARAKYAT)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat Terengganu dikatakan tetap akan menerima manfaat hasil nilai setara dengan royalti minyak dan gas daripada kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH). 

Namun ia tidak akan diberi secara langsung kepada pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS ketika ini. Sama 2X5 PH dengan BN/UMNO.. Tetap mereka masih penzalim dan penindas rakyat..

9 comments:

Anonymous said...

Camaner nak beza...acuan yang sama...

Anonymous said...

bawak bertenang boleh pemimpin2 pas
pemimpin pusat tgh sebok nak cari duit bayar utang...
kang elok2 ada negeri.... x pasal dgn negara2 sekali ilang sbb utang
selama ni 30-40thn idop je xde royalti... ni baru ambik alih 2mnggu dah memekak lak

Anonymous said...

cakap mau bagi elok
ph jangan buat perangai macam amnoo
tak kira sapa perintah negeri hak mesti dikembalikan
pakatan jangan buat perangio setannn
pru15 rakyat boleh humban pakatan
janagn tunjuk perangai burok
ada pahammm

Anonymous said...

Anon 3:19

Tabik tuan.....

Anonymous said...

Anon 3.25

Makhluk jenis ni kalau jadi pemimpin
jahanam negara
x reti bawak berunding

Anonymous said...

Anon 3.33

Masa nak jatuhkan BN dulu desak ke runding? Sama la keadaannya...dah jadi kerajaan kena la berlapang dada bila kena desak dan kritik. Dulu kan buat perkara yg sama...

Anonymous said...

Ph kan semua keldai..harap maklum

Anonymous said...

PAKATAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Sebelum PRU14, pemimpin-pemimpin pakatan berceramah pong-pang pong pang konon manifesto pakatan untuk memberi royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan dan Terengganu. Bila pakatan dah menang, manifesto pakatan ke laut dan rakyat terkejut berok !

Pemimpin-pemimpin parti mata liberal dan parti bunga berasal dari parti keris telanjang maka kita tidak merasa hairan melihat pemimpin-pemimpin pakatan mewarisi DNA parti keris telanjang.

Maka kerajaan pakatan yang mempunyai DNA parti keris telanjang adalah kerajaan Be End versi 2.0 kerana Terengganu menerima diskriminasi yang sama semasa Be End dan Pakatan berkuasa sebagai kerajaan persekutuan.

Maka kita tidak terkejut melihat kerajaan pakatan menafikan hak kerajaan PAS negeri Terengganu sebagai kerajan negeri yang sah untuk mentadbir semua hal ehwal negeri Terengganu dari segi Perlembagaan Persekutuan, undang-undnag dan peraturan!

Anonymous said...


Majoriti rakyat Terengganu telah memberi mandat kepada kerajaan PAS Terengganu untuk mewakili rakyat Terengganu mentadbir negeri Terengganu maka semua royalti minyak Terengganu mestilah dibayar terus kepada kerajaan Terengganu yang mewakili rakyat Terengganu. Dan kerjaan PAS Terengganulah yang akan menyalurkan royalti minyak itu kepada rakyat Terengganu.

Tindakan kerajaan pakatan menafikan hak kerajaan PAS Terengganu ke atas royalti minyak adalah bertentangan Konsep federalisme iaitu kerajaan negeri dan kerajaan pusat bersetuju bekerjasama dalam banyak bidang seperti kebajikan awam dll.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails