Monday, May 21, 2018

Islam Liberal Landa Malaysia..

Hasil carian imej untuk ancaman Islam Liberal


MENGGUNAKAN rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir semakin berleluasa di tanah air kita.
Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.
Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam Liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi.
Isu ini semakin menjadi hangat dengan pihak berkuasa agama melarang Wacana Mustapha Akyol, seorang Sarjana Turki yang ingin menebarkan fahaman agamanya kepada rakyat negara ini, kita melihat bagaimana kelompok Islam Liberal negara ini bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran cara fikir mereka.
Ciri-ciri fahaman Islam Liberal
  • Mereka menganut Fahaman Pluralisme

Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam Majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”.
Dengan fahaman inilah, maka lahirnya Ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut Fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. Di Malaysia, penularan Fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut:
  1. Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan Para Ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan Ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup; dan
  2. Kerana terpengaruh dengan Fahaman Pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO Muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis atau Suruhanjaya Antara Agama-agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Buddha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

  • Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia

Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Seorang peguam yang juga merupakan ahli Parlimen daripada parti kerajaan iaitu Zaid Ibrahim pernah mengungkapkan isu murtad ini dalam satu forum yang dianjurkan oleh Suhakam pada 9 September.
Bagi kelompok Islam Liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi:
“Tidak ada paksaan dalam agama.”
(al-Baqarah: 256)
Menurut tafsiran Ulama Tafsir yang Muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman.
Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya.
Adapun hukuman di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengam dalil as-Sunnah yang Sahih iaitu sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu membunuhnya.”
(Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas).
  • Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman

Menurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran Ulama terdahulu. Tafsiran Ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.
“Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik”.
(Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)
Jelasnya, golongan Islam Liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak Hadis Nabi yang bermaksud:
“Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka”
Dengan mendakwa Hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.
  • Mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional

Pada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan Ulama dan Fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat yang Qatie. Antara Hukum-hakam Syariat yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah:
  1. Hukum Faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita;
  2. Keharusan poligami bagi lelaki;
  3. Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita;
  4. Hukuman bunuh ke atas orang murtad;
  5. Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah;
  6. Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat;
  7. Hak mutlak suami untuk mencerai isteri;
  8. Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam; dan
  9. Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.
  10. Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada pembaharuan fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada Ulama dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Golongan Islam Liberal menolak autoriti Ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama.

●     Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama
Golongan Islam Liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.
Sebagai contohnya, tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) suatu ketika dulu menahan para pengunjung Islam di Pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras dari Sisters In Islam dan 50 NGO yang lain.
Mereka telah mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan itu dianggap bercanggah dengan hak asasi manusia.
Malah dalam satu kenyataannya SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak asasi peribadi dan bersuara.
Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seorang Muslim. Hal ini kerana persoalan yang berkaitan dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan.
Pasca PRU14 ini akan menyaksikan banyak tuntutan kelompok pendukung Islam Liberal dan Pluralisme agama akan digemakan. Riak-riak kepongahan mereka semakin menyerlah, kerana turut merasakan mereka turut memberikan sumbangan kepada kemenangan PH baru-baru ini.
Umat Islam mestilah mengambil cakna perkembangan semasa yang berlaku, menularkan fahaman neo-Muktazilah yang akan mengganggu kelestarian agama Islam dan penganutnya. Ahzab moden sedang mengepung umat ini daripada segenap penjuru, dengan senjata fitnah mereka. Bangkitlah wahai umat!
(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI) - HARAKAHDAILY 21/5/2018

Hasil carian imej untuk ancaman Islam Liberal

Hasil carian imej untuk ancaman Islam Liberal

Hasil carian imej untuk ancaman Islam Liberal

15 comments:

Anonymous said...

bila PAS berpluk dgn DAP, PKR dulu tk pulak keluar artikel mcm ni. PAS oh PAS. dah tahu permainan mereka.

PBO™ said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Janji islam..islam liberal ke..islam pukimak ke islam hadhori ke islam babi awang ke ..janji islam

Anonymous said...

kamu sumer tak tahu ker, ada pimpinan tertinggi PAS yg berkiblatkan Iran tu orang Syiah...tak caye tanya pemimpin syiah Klang...

Anonymous said...

dah kalah kan. duk diam2 ya

Anonymous said...

Itu sbblah pas keluar. Itu sbblah pas dipinggirkan pakatan sbb menentang liberal

Anonymous said...

Siapa ni? Btw I've snap this post to be circulated

Anonymous said...

Semoga lebih byk pendedahan berkaitan isu ni. Sbb ramai yg tak tahu how serious this matter

Anonymous said...


Anjing-anjing kurap buruk kepala ternakan Yahudi Zionis laknatullah sedang menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam kerana PAS menentang semua bentuk kemungkaran dan kesesatan seperti atheis, LGBT, pesta arak terbuka, murtad, sekulerisme, liberalisme, pluralisme dll yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Anjing-anjing kurap sekular liberal ini telah gagal menunjukkan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan mereka yang tidak berasas jelas membuktikan anjing-anjing ini adalah penjaja fitnah yang bangsat.

Anonymous said...

Tolong jgn didelete thread ni

Anonymous said...

Sedangkan Tun dan Muhyiddin boleh boleh dimaafkan setelah mengfitnah dan mengaut duit rakyat. Takkan tak boleh maafkan lebai...

Anonymous said...

Ke kamu sendiri yg syiah sampai dah boleh kenal dan bertanya dgn pemimpin mereka

Anonymous said...

Selalunya lge yg buat byk permintaan. Sampai pula giliran kaum majoriti orang melayu pula buat permintaan. Copy n paste from whatsap:

Surat terbuka saudara Azam Aziz berkenaan 25 tuntutan orang Melayu

Buat YAB Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ke 7

Bersama2 ini saya panjangkan untuk perhatian YAB Tun 25 Tuntutan Tuntutan Orang Melayu Terhadap Kerajaan Sempena Sambutan ke 70 tahun penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Wahai Orang2 Melayu.

Seringkali kita mendengar pelbagai tuntutan di buat oleh kaum2 minoriti terhadap kerajaan.

Seringkali juga kita melihat kerajaan kita menunaikan segala permintaan yg di buat oleh kaum minoriti berkenaan atas alasan kompromi politik.

Seringkali juga kita melihat satu demi satu hak agama, hak bangsa dan hak tanahair kita terpaksa di korbankan sedikit demi sedikit oleh kerajaan semata2 bagi memenuhi tuntutan kaum minoriti kerana sumber yg semakin terhad itulah yg terpaksa kita kongsi dengan kaum lain.

Istilahnya "berkongsi" namun hakikatnya kita memberi lagi dan lagi hak kita kepada mereka sehingga akhirnya apa yg tinggal tak cukup untuk anak cucu kita sendiri.

Sebab generasi bapa dan datuk kita tak pernah membuat tuntutan ini, maka walaupun ianya termaktub dalam Perlembagaan, ianya semakin di lupakan oleh kerajaan atas alasan kita tidak pernah menuntut untuk undang2 hak kita tersebut di kuatkuasakan.

Maka dengan lafas Bismillahirahmanirahim, demi masa depan anak cucu waris Melayu yang belum lahir,

ORANG MELAYU DENGAN INI MENUNTUT DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN 25 PERKARA BERIKUT:-

1. Memperkukuhkan Islam sebagai Agama Persekutuan menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

2. Menuntut Institusi Kebajikan Islam di berikan peruntukan lebih besar untuk kerja-kerja kebajikan umat Islam di Malaysia.

3. Menuntut Institusi Wakaf di pengerusikan oleh Raja-Raja Melayu di perkasakan.

4. Menuntut peruntukan hak pendidikan untuk umat Islam menurut perkara 12(2) Perlembagaan di tambah bagi menambah bilangan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Pendidikan KAFA dan Kelas-kelas bimbingan keagamaan di semua masjid di setiap daerah di Malaysia.

5. Menuntut hak untuk bersolat Jumaat untuk semua kakitangan sektor swasta dan menghukum semua majikan yang sengaja menghadkan masa rehat bagi membolehkan pekerja beragama Islam menunaikan solat jumaat.

6. Menuntut agar semua aktiviti di jabatan kerajaan di hentikan selama 10 minit pada waktu solat Zohor dan Asar dan waktu bekerja di tambah 20 minit bagi menggantikan semula 20 minit yang di peruntukkan untuk waktu solat sewaktu jam bekerja berkenaan.

7. Menuntut di hentikan penggunaan istilah Semenanjung Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.

8. Menuntut di kembalikan penggunaan istilah Negeri-Negeri Tanah Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 113(6), 116(2), 121(1)(a) dan 161E(1) Perlembagaan Persekutuan.

9. Menuntut Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam agar segera diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu menurut Perkara 89(2) Perlembagaan Persekutuan.

10. Menuntut mana-mana tanah simpanan Melayu yang di ambil untuk tujuan pembangunan berbilang kaum di gantikan dengan tanah lain dengan keluasan yang sama dengan komersil yang sama menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan.

11. Menuntut di mansuhkan fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuan Agung untuk meluluskan sesuatu Rang undang-undang sebelum di wartakan selaras dengan kedudukan YDPA sebagai Kepala Utama Negara menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

12. Menuntut di kuatkuasakan Perkara 18(1) Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan mana-mana permohonan untuk menjadi warganegara adalah wajib menangkat ikrar taat setia kepada Raja dan Negara mengikut Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan.

Anonymous said...

Sambung...

13. Menuntut Kerajaan mendedahkan samada 7.3 juta kewarganegaraan terhadap kaum-kaum lain yang di berikan di antara tahun 1957 hingga 1970 telah melalui proses mengangkat ikrar ini atau tidak.

14. Menuntut di hapuskan penggunaan istilah Bahasa Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam perlembagaan.

15. Menuntut di gunakan kembali istilah Bahasa Melayu seperti yang di peruntukkan dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

16. Menuntut fasal wajib untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi kerajaan termasuk mesyuarat, sidang media, kertas kerja dan pembentangan serta meminda Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bagi mendakwa mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi.

17. Menuntut semua papantanda jalan/perniagaan/bangunan menggunakan istilah Bahasa Melayu yang di luluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta memberikan kuasa pendakwaan dan penyitaan kepada DBP terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan Bahasa Melayu ini.

18. Menuntut agar semua prosiding di Mahkamah menggunakan Bahasa Melayu dan hanya kebenaran khas ketua Hakim Negara sahaja membolehkan selain dari Bahasa Melayu di gunakan. Untuk perbicaraan di mahkamah.

19. Menuntut kerajaan tidak lagi meluluskan permohonan dan pembinaan sekolah jenis kebangsaan kerana sekolah vernakular baru selepas Hari Merdeka tidak di benarkan dalam Perlembagaan.

20. Menuntut sistem persekolahan 1 aliran kebangsaan bagi memupuk perpaduan dan keharmonian kaum.

21. Menuntut Perizaban quota berkenaan perkhidmatan awam, biasiswa, keistimewaan pendidikan, latihan, kemudahan khas, lesen, permit perniagaan dan pertukangan untuk orang Melayu mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

22. Menuntut agar Dasar Ekonomi Baru di laksanakan kembali dan pemilikan ekuiti 30% Orang Melayu di kembalikan menjadi dasar utama kerajaan dan di tingkatkan kepada 40% pegangan ekuiti individu Melayu dalam kek ekonomi negara menjelang 2040.

23. Menuntut agar sebuah Suruhanjaya Hak Istimewa Melayu di tubuhkan di bawah Parlimen khusus utk menasihati YDPA untuk menjalankan kuasa Baginda menurut perkara 153 Perlembagaan dan memantau pelaksanaan dasar kerajaan samada menepati semangat perkara 153 Perlembagaan atau tidak.

24. Menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri di kembalikan.

25. Menuntut agar titah Majlis Raja2 berkaitan isu2 negara di berikan perhatian dan tindakan segera oleh Kerajaan di bawah Perkara 38(3) Perlembagaan Persekutuan.

PERJUANGAN INI DAH TERLAMBAT UNTUK KITA TETAPI MASIH TERLALU AWAL UNTUK CICIT2 KITA YG BELUM LAHIR. SEMOGA MRK AKAN SENTIASA MENDOAKAN RAHMAT UNTUK KITA ALMARHUM DATUK2 DAN MOYANG2 MEREKA, INSYAALLAH.

(Sila kongsikan tuntutan ini jika anda bersetuju dengannya)

JANGAN LAGI MELAYU DI BULI

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
Bekas Calon Bebas Parlimen Pandan
0129770412

Anonymous said...

Apapun yang berlaku, disitu ada peluang utk kita mainkan peranan. Kalau semua ok, maka semua org akan tidur. Kalau ada isu, barulah ada cerita. Allah swt jadikan org2 kafir supaya ada peluang utk muslim berdakwah. So bertenang dan mainkanlah peranan kita masing2. Tapi jagala bahasa tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails