Monday, October 15, 2012

Tolong Saudara Baru SeIslam Muallaf Ini..

Ibnu Hasyim bersama Denial Simon Siman (Denail gambar atas kanan)

Bersama kawanku, Pak Jul. Sekurang-kurang dia menjadi saksi berlaku pengIslaman ke atas Denial Simon Siman malam itu (gambar bawah)

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

BEBERAPA hari lalu, di tepi pantai pelabuhan Hutan Melitang, Perak, kira-kira lepas Maghrib kereta kami sampai terus meluncur masuk ke halaman sebuah kedai makan kampung di situ. Tidak ada kedai-kedai lain, kecuali satu sahaja, kami terus makan malam, tiada banyak pilihan santaplah apa yang ada.

Kira-kira selesai makan, terdengar suara bising gelak ketawa gurauan anak-anak muda di situ. 

"Jangan kau ketawakan aku, walau pun aku datang dari jauh, tapi aku sudah 8 tahun tinggal di Perak ini, aku sudah masak dengan budaya kamu ini.. Ha ha ha. Kamu panggil aku orang Flores pun aku tak marah, kerana kulit aku memang hitam, tapi aku tetap anak Kupang, bukan anak Flores.." Kata seorang pemuda berkulit gelap macam orang Timor Leste atau Floris.

"Kupang?" Sampukku macam terkejut. "Saya pernah ke sana, bersempadan dengan Timor Laste. Mari, kami ingin berkenalan dengan kamu!" Aku mengajak.

Dia datang ke meja kami. "Aku bukan tinggal di pekan Kupang, Aku tinggal dikepulauan kecil bersempadan dengan Austraia.  Aku anak laut, dan di sini pun aku kerja laut, itu sebab kulit aku hitam." Dia berpaling kepada kawan-kawannya, "Kamu jangan ketawakan kerana kulit aku hitam!!" Katanya merengus dan ketawa

"As-salamu 'alaikum?" sapa kawanku.kepadanya. Kami bersalam berkenal-kenalan. 

Kawan-kawannya yang di meja sebelah ketawa terkekeh-kekeh, berderau bunyinya. "Dia memang minat dengan Islam, tapi kena belajar la dulu, baru senang masuk Islam!" Jerit salah seorang dari kawannya.

"Eh... Aku bukan Islam. Kamu tersalah.. Bagaimana nak jawab salam kamu?" Jawabnya.

"Tak apa-apa.." Jawabku.

Masing-masing kami perkenalkan diri. Tiba gilirannya,  ia berkata, "Nama aku Denial Simon Siman. Beragama Kristian. Aku sudah lama minat dengan Islam. Tapi tiada yang mendorongku. Aku cuba-cuba pakai songkok hitam, kawan-kawanku yang di sana itu marah dan tertawakan." Sambil jarinya menunjuk-nunjuk ke arah mereka.

"Oh, ini tak boleh dibiarkan, berdosa kita melambat-lambatkan orang mahu masuk Islam." Rungutku. " Aku bangun merapati dan memegang bahunya. Ku renung matanya dan bertanya, "Apakah kau benar-benar berminat dengan Islam?"

"Memang minat Pak, betul Pak! Aku bukan main-main!" Jelasnya.

"Kau sanggup percaya macam orang Islam percaya?" Aku tanya.

"Sanggup Pak. Saya sudah tahu Pak. Saya mahu masuk Islam." Jelasnya.

"Allahu Akbar. " Aku menyalaminya, ku genggam tangannya erat-erat. Ku renung matanya lagi, kataku...

"Al-hamdullah. Rupanya kau sekarang sudah Islam. Cuma belum lafaz secara rasmi. Mari aku Islamkan! Ikut aku lafazkan kalimah syahadat. Sebelum itu biar aku terangkan sedikit erti kalimah itu.

"Asyhadu Alla ilaha illAllah. Aku beraksi bahawa, Tiada Tuhan Melainkan Allah. Wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah

"Biarkan aku jelaskan sikit lagi. Dalam Islam, Allah itu Esa. Ertinya satu, tidak dua, tiga atau seterusnya. Sifat-sifat Allah itu mudah saja, segala yang terlintas dalam fikiran kita manusia ini, boleh tergambar dalam fikiran, itu bukan Allah.

"Dan bila Allah anugerahkan agama sebagai panduan hidup, maka Allah hantar wakilnya tukang terang agama itu  Wakil itu ialah  Muhammad. Dialah agen Allah itu ke dunia ini."

Dia bersetuju, maka lahirlah ucapan dari mulutnya, "Aku beraksi bahawa, Tiada Tuhan Melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah."

"Dengar semua tuan-tuan! Sekarang dia, saudara kita ini sudah Islam! Cuma belum daftar secara rasmi dengan pemerintah, dan Islamnya sudah sah di sisi Allah SWT!" Saya mengisytiharkan depan kawan-kawan, pengunjung-pengunjung kedai dan pekerja-pekerja kedai itu sekali.

"Tapi, dia belum bersunat?" Tanya seseorang yang hadir di situ.

"Bersunat bukan syarat, untuk mengIslamkan seseorang. Ia boleh diselesaikan kemudian." Saya jelaskan. Dan memang dalam dakwah, Islam menyuruh 'Permudahkan, jangan persulitkan'.

Dia memilh nama Daud bin Simon Siman. Mungkin nama ayahnya itu berbau Kristian, tapi tak apa-apa, kerana kita tidak mahu salsilah turunan keluarganya terputus setelah dia memilih Islam. Itu cadangan kami kepadanya, dia bersetuju.

Selepas menulis artikel setakat ini, saya terus menelefon Daud Simon Siman bertanya apa khabar tentang pengIslamannya. Tapi katanya..

"Aku... agak susah sikit, kerana ibu angkatku kata belum ada surat rasmi. Kawan-kawan ku kata tidak sah, kerana mudah sangat, mereka marah-marah aku dan macam-macam lagi. Bila bapak mahu datang ke sini lagi? Aku mahu bincang sikit.".

Rumusan:

Satu, saya ingin pertolongan dari kawan-kawan pembaca budiman atau pihak berwajib berhubungan dan menangani masalahnya itu. Kalau mampu, hubungkan dia dengan pihak masjid setempat, PERKIM atau sesiapa yang sepatutnya, terutama yang berdekatan.

Dua: Beri sedikit derma secara bersendirian atau berkelompok kepadanya, kerana muallaf atau orang baru masuk Islam perlu dijinakkan hati mereka. Hatta duit zakat pun dia berhak terima.
 
Tiga: Turut bersama-sama saya pada malam itu, Tgk Mansur Din (gambar), pengerusi Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Maaysia. Persataun yang menguruskan kebajikan orang-orang berketurunan Aceh dan Indonesia di Malaysia. Kalau ingin bantu melalui persatauan ini pun boleh!

Sekian, harap maklum. Ass-salamu 'alaikum.

Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com   
13 Okt  2012
Sel.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails