Tuesday, October 16, 2012

KDNK K'tan 2012 Atasi Peringkat Negara

KOTA BHARU: Biar pun ada pihak mendakwa Kelantan tidak membangun, namun laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan mengatasi peringkat negara.

KDNK Kelantan 2012 dijangka meningkat kepada RM11,144 juta dengan kadar pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus, sedangkan pertumbuhan Malaysia pada tahun sama pada kadar 4 hingga 5 peratus. Sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama kepada KDNK Kelantan pada 2010 iaitu sebanyak 73.8 peratus, sektor pertanian (19.4 peratus) dan pembuatan (4.7 peratus).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, KDNK Kelantan pada 2012 bagi sektor perkhidmatan dijangka meningkat kepada 80.4 peratus.

“Kerajaan berbelanja secara bijaksana, berhemah dan adil serta mengutamakan kebajikan kepada rakyat berdasar keapda sumber sebenar,” katanya pada ucapan Belanjawan Kelantan 2013 pada persidangan Dun hari ini.

Teks belanjawan tersebut dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa. Teras Belanjawan Kelantan 2013 yang bertema Bajet Negeri Berkebajikan menumpu kepada  merancakkan pembangunan ekonomi untuk semua rakyat, memperkasa pembangunan insan berteraskan Islam.

Selain itu pembelaan golongan daif, miskin, kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas serta memperkukuhkan keupayaan institusi dan badan pelaksana. Menteri Besar berkata, selaras komitmen kerajaan menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, program sosioekonomi akan dimantapkan.

Kemudahan infrastruktur

Katanya, sejumlah RM153.37 juta diperuntukan di bawah program penyediaan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat termasuk pembinaan jalan dan jambatan baru di samping memperluaskan sistem rangkaian jalan.

Sebanyak RM20 juta disediakan kepada JKR dan RM7 juta di bawah Pejabat Pembangunan Negeri untuk melaksanakan projek di bawah program kesejahteraan rakyat. Antaranya pembinaan lorong memotong jalan Kota Bharu-Kuala Krai sebanyak RM2 juta, pembinaan jambatan Sungai Manal, Tanah Merah (RM2.2 juta), pembinaan jambatan Sungai Kerak, Machang (RM2.1 juta).

Pembinaan jambatan Kampung Kuau (RM2.5 juta), pembinaan jambatan konkrit di Sungai Sat dan jalan Kampung Kelaweh ke Maka, Machang (RM6.01 juta), jambatan Sungai Kemasin di Pengkalan China, Bachok (RM2.6 juta).

Jambatan Pulau Kundor, Kota Bharu (RM2.1 juta) dan jambatan merentasi landasan keretapi di Bandar Pasir Mas (Fasa II) - RM4.82 juta. Bagi pembangunan rohani dan sahsiah kerajaan negeri menyediakan peruntukan bagi mengadakan kursus, bengkel latihan dan ceramah bagi meningkatkan kualiti modal insan rakyat khususnya golongan muda.

Pembinaan masjid

Sebanyak RM3 juta disediakan bagi projek pembinaan dan pembaikian masjid-masjid di seluruh negeri.

Antara masjid yang siap dibina pada 2012 iaitu Masjid Keputeraan Paloh 2, Gua Musang dengan kos sebanyak RM3 juta dan Masjid Keputeraan Lojing (RM3.89 juta). Manakala Masjid Chenulang, Kuala Krai (RM500,000) dijangka siap tahun depan.

Peruntukan sebanyak RM3 juta bagi program-program pembinaan insan bagi pembangunan modal insan generasi muda. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Yayasan Islam Kelantan (Yik) mendapat peruntukan paling banyak iaitu RM72 juta.  Yik mengurus 91 sekolah agama termasuk dua Maahad Tahfiz Quran dan empat Maahad Tahfiz Sains.

Bajet 2013 juga turut menyediakan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi projek pembangunan, menyelenggara dan menaiktaraf sekolah berkenaan.

“Yik merancang membina Maahad Muhammadi Sains (Lelaki) di Pengkalan Chepa dianggar melibatkan kos sebanyak RM12 j (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails