Monday, October 15, 2012

Pacu Jawi, Sukan Lumba Lembu Di Sawah

SEJUMLAH penonton menyaksikan pertandingan perlumbaan Pacu Jawi. - Agensi

PADANG PANJANG, Sumatera Barat – Satu perlumbaan lembu di kawasan sawah padi diadakan di sini kelmarin. Sukan itu dikenali sebagai Pacu Jawi dalam kalangan penduduk Minangkabau. Ia diadakan selepas musim menuai padi berakhir.

Pada perlumbaan itu, seorang lelaki akan berdiri di atas sekeping papan yang ditarik dua ekor lembu. Lelaki itu turut memukul ekor haiwan itu supaya berlari dengan lebih pantas untuk menewaskan pesaingnya. – Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails