Monday, October 15, 2012

PRU 13: Muslimah Derma Gelang Emas -N/Aziz

 Nik Aziz menunjukkan gelang yang disumbangkan kepada tabung pilihan raya, semalam

KOTA BHARU- Selepas berjaya melelong tongkat sempena Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat dua minggu lalu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil sekali lagi menunjukkan barangan untuk disumbangkan. 

Kali ini beliau menunjukkan seutas gelang emas  milik seorang Muslimah untuk didermakan kepada tabung Pilihan Raya Umum ke-13  (PRU13) yang berlangsung tidak lama lagi.

“Tongkat saya berjaya dijual dengan harga yang tinggi, oleh itu saya beri  gelang ini pula untuk melihat kejayaan parti secara keseluruhannya, Insya-Allah kita akan memperoleh kejayaan,” katanya semasa berucap Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini semalam.

Dalam Majlis itu juga Nik Aziz menyerahkan bunga kepada isterinya, Datin Sabariah Ishak sebagai simbolik keluarga Mawaddah. Pada lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat minggu lepas, PR berjaya mengumpul RM182,000 dengan surat cinta Anwar dibida dengan harga RM 50,000 manakala tongkat Nik Aziz berjaya dijual 12,000.

Dalam pada itu, Nik Aziz  yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, beliau tidak mahu melihat rakyat Kelantan terikat setelah mendapat wang segera daripada Kerajaan Pusat.

“Ada masyarakat yang tergugat setelah mendapat wang segera ini, kita mesti ada pegangan yang kuat demi agama dan parti,” katanya (IH/SH).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails