Tuesday, October 16, 2012

SPR Larang Kempen M/Sosial Lepas T/Malam



PRU13
Wakil parti politik yang hadir turut diberikan demonstrasi proses pengundian.

KUANTAN – Semua parti politik diingatkan supaya tidak menjalankan kempen selepas jam 12 tengah malam hari terakhir pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti termasuk penggunaan media baru seperti facebook, twitter, blog atau sebagainya.

Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah berkata, SPR akan mendapatkan kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memastikan tiada pihak yang ingkar dengan undang-undang itu.


“SPR sudah memberikan tempoh yang cukup kepada parti yang terlibat dalam pilihan raya untuk mengadakan kempen. Justeru gunakanlah masa yang diberi itu sebaik-baiknya, serta hentikan kempen bila sudah tamat waktu,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat pada Majlis Perjumpaan Bersama Wakil Parti Politik dan Media Negeri Pahang Bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini, semalam. Katanya, SPR tidak mempunyai kepakaran untuk menangani masalah tersebut serta memerlukan kerjasama SKMM selaku badan yang bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan komunikasi.


“Jika dahulu, kempen yang dijalankan mungkin hanya melibatkan penggantungan bendera atau poster-poster sesebuah parti politik. Namun kini dengan kecanggihan teknologi, terdapat banyak medium yang boleh dijadikan penyebar maklumat.


“Justeru, saya harap semua parti politik dapat mematuhi undang-undang ini supaya bebas daripada sebarang tindakan,” katanya.


Dalam pada itu, SPR turut meminta pengundi untuk meletakkan kepercayaan kepada suruhanjaya itu sebagai pelaksana pilihan raya yang telus.


“Jangan ada rasa ragu-ragu terhadap pegawai SPR yang bertugas ketika pilihan raya nanti kerana perasaan itu akan mendorong seseorangberfikiran negatif sekali gus meletakkan SPR sebagai badan yang tidak jujur.


“Cuba tanamkan keyakinan kepada SPR kerana kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik ketika hari mengundi serta menjalankan tanggungjawab dengan penuh kejujuran,” katanya.


Dalam sesi taklimat itu, turut diadakan demonstrasi proses pengundian dan penggunaan dakwat kekal.


Sementara itu di Kuala Lumpr, semua sedia maklum BN telah tewas di media sosial, walaupun terpaksa menggunakan askar upahan untuk menyerang, namun ditangkis oleh tentera siber Pakatan Rakyat yang bertugas secara sukarela.
“Akhirnya BN terpaksa menggunakan kuasa yang ada untuk membendung maklumat kelemahan BN daripada di ketahui oleh rakyat melalui media sosial,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya cadangan SPR supaya parti politik jangan menggunakan media sosial seperti  facebook, twitter, blog selepas tengah malam hari mengundi adalah satu cadangan Pak Pandir.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails