Tuesday, July 07, 2015

Dilema Pekerja Pungut Buah Di Australia?

Mudah saja kerja ini di mana dalam satu dahan yang banyak buah, anda dikehendaki meninggalkan hanya 2 atau 3 buah yang elok saja pada satu-satu dahan. Lain ambil habis.

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
Berkerja di Australia..
Siri 1:  Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4... 
Siri 2:  Inikah Rahsia Melancong Ke Australia, Demi Islam &...

Siri 3:  Paling Sikit 30 Serangan Terhadap Muslim Australia...
Siri 4:  Gadis Australia Ini Pula Diserang Islam.
Siri 5:  Wanita Pertama Bertudung (Melayu) Bawa Bas Di Pert...
Siri 6:  Renang Bogel Di Cuaca 11 Darjah Celsius.. Austral...
Siri 7:  Info Backpackers Di Australia. Ladang Anggur, Pelu...
Siri 8:  Pesatnya Pertumbuhan Islam Di Australia
Siri 9:  Lawan Stigma Buruk Islam, Muslim Australia Dirikan...

WEBLOG ini menerima info kerja di ladang Australia dari seorang yang bernama Muaz Jabal. Dia menulis dari ladang tempat kerjanya..

Begini ceritanya..

Maaf aku hanya cerita penglamanku..

PERTAMA
Hari ini hari ke 7, saya berkerja di sebuah ladang anggor. Kerja aku membersih pokok anggur.

Mula-mula aku sampai, kawan kepada kawan aku yang baru pulang dari kerja di Australia 3 bulan tempo hari, datang menyambut aku di stesyen bas. Rupanya dia sebaya denganku.

Kami berkenalan, dia terus membawa aku ke supermarket membeli kelengkapan pakaian, kasut kerja dan lain-lain, termasuk keperluan makanan asas.

"Esok kamu boleh kerja terus, aku dah hubungi majikan." Katanya.

Kerjaku bersihkan pokok anggur, hari pertama aku dapat bersihkan hanya 30 pokok. Hampir pitam aku, kerana belum pernah kerja agak teruk begini, dan berpuasa pula.

Satu pokok dibayar AUD1.00, yakni kira-kira RM3.00. Hari kedua naik sikit 40 pokok. Hari ketiga naik sikit lagi, dan seterusnya.

Ada orang lama berpengalaman boleh bersihkan pokok sebanyak 120 pokok satu hari.  Kalau seminggu (7 tolak 1 hari cuti=6 hari) 6x120=AUD720x3 (1AUD=RM3)=RM2,160. Itu pendapatan paling tinggi orang yang sudah berpengalaman.

Wang keluar atau perbelanjaan seminggu..

Belanja makan satu minggu, sewa rumah satu minggu dan pergi kerja naik kereta bayar wang minyak sebanyak AUD200. (3x200)=RM600

Kesimpulan;

Pekerja berpengalam pendapatan 1 minggu =RM2,160, ditolak wang keluar sebanyak RM600(2,160-600). Bakinya RM1,560 Jadi sebulan (1,560x4minggu) =RM6,240.

Tetapi, kalau bagi aku (Muaz Jabal) yang hanya mampu bersihkan 40 pokok, buat masa ini. Seminggu pendapatannya (6 hari x40=240 pokok). 240x3=RM720. Jadi pendapatan seminggu RM720, sedangkan perbelanjaan RM600, maka bakinya =RM120. Kalau sebulan baki pendapatannya RM482.

Tetapi hari ini, aku ditukarkan kepada kerja yang lebih mudah lagi, tetapi masih di ladang anggur itu juga. Al-hamdulillah.

KEDUA

Baik juga aku ceritakan sikit. Mula-mula aku sampai, aku ditempatkan di rumah berderet yang selesa. Tidur bersama satu bilik bujang 7 orang. Semuanya orang Malaysia kira-kira sebaya denganku. Ku bisik-bisik, terjumpa isu permasalahan.

Antara kata mereka,

"Kau beruntung, kerana tidak seperti kami. Sebelum sampai ke sini, kami hadapi dua masalah. Masalah pertama, kami sudah bayar wang kepada orang tengah yang menguruskan kami sampai ke Australia. Kami habis kira-kira RM5,000 lebih seorang, termasuk tambang, visa, tak kira wang denda dari imigresen dan lain-lain.

"Sampai di lapangan terbang Melbourne, wang kami dah habis. Kami seolah-olah dijual kepada orang tengah lain, dan sampai ke ladang pekerjaan dalam keadaan berhutang, dan bekerja untuk bayar hutang. Kami yakin tiga bulan pertama kerja, baru mampu selesai bayar hutang. Lepas itu baru boleh kumpulkan wang seterusnya.

"Kadang-kadang kami terasa kerja macam hamba, tiada kebebasan selagi hutang tidak habis dibayar. Ada juga antara kami yang pasportnya dipegang majikan selagi belum habis bayar hutang." Sedikit info yang ku temui.

Itulah masalah perkerja di sana, yang saya lihat seolah-olah menjadi masalah buat masa ini. Kalau ianya boleh dikatakan masalah!

Dariku Yang Benar,
Muaz Jabal.
Tel di Malaysia, sila pakai no 014 2225865. (Ibnu Hasyim akan menjawab, buat masa ini.)
e-mil Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com
6/7/2015, Australia.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam Islam, kalau berpergian atau musafir di rantau orang, lebih dari seorang kena wujudkan jamaah atau pilih ketua. Paling kurang, berhimpun waktu solat jamaah. Disitulah kunci perpaduannya, tiap kegiatan perlu bersama jamaah dan bermusyawarah. Baru lahir apa yang disebut 'usrah' atau semangat kekeluargaan.

Tapi awas, jangan sampai disebut tapak semaian tumbuhnya bibit-bibit 'pengganas'. Wallahu 'aklam.

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
6 Julai 2015 KL 

6 comments:

Anonymous said...

solat jumaat ada tak bagi yang Islam
ini pun masalah penting bagaimana solat dzohor asar dan subuh

Ibnu Hasyim said...

Setakat ini, di kawasan itu, belum ada surau dan masjid. Masalah solat Jumaat dan solat lain-lain tiada masalah boleh dilaksanakan, jika cukup syarat-syaratnya.

Anonymous said...

dulu penah keje lading petik buah cherry. satu kotak dibayar AUD10...paling koman pun atau kalau org yg baru keje...busuk2 boleh buat 7-8 kotak sehari...

jamkho said...

jangan lah kena tipu daya

wsc biolo said...

tak mungkin lah kerja seperti itu gajinya tinggi

Nash Arshavin said...

salam semua.sapa yg tgh cari kerja kt aus boleh we chat saya.
nash_arshavin
kalau prmpn boleh kerja packing kt kilang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails