Monday, July 06, 2015

Bekas KM Melaka Pula Saran Najib Letak Jawatan Sementara. (85)

Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau melepaskan jawatannya sebagai ketua menteri Melaka dengan rela hati bagi membolehkan siasatan dijalankan semasa terlibat dalam skandal rasuah pada 1994. - Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Julai, 2015.
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau melepaskan jawatan yang dipegangnya iaitu sebagai ketua menteri Melaka dan ketua Pemuda Umno ketika terpalit dengan tohmahan rasuah dan skandal pada 1994. Menulis di laman Facebooknya, Rahim berkata beliau pada masa itu melepaskan jawatannya dengan rela hati bagi membolehkan siasatan dilakukan.

"Ketika saya menjadi ketua menteri Melaka dan ketua Pemuda Umno, terdapat tohmahan, rasuah dan skandal. Saya lepaskan kedua-dua jawatan buat sementara bagi membolehkan penyiasatan dilakukan," katanya dipetik daripada laman Facebooknya. googletag.cmd.push (function () {googletag.display ('div-gpt-ad-1400601790726-3');});

Walaupun tidak menyatakan secara jelas tujuan kenyataannya itu, namun reaksi beliau dipercayai sebagai saranan merujuk kepada skandal terbaru yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan Wall Street Journal (WSJ). Jumaat lalu WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam peribadi Najib pada 2013.

Pendedahan itu mengundang pelbagai reaksi daripada pemimpin dalam Umno dan pembangkang. Walaupun ramai pemimpin Umno yang tampil mempertahankan Najib berhubung pendedahan tersebut, bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta perdana menteri itu membuat penjelasan.

Ketua Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu. Gani berkata, beliau sudah meneliti dan menyemak semua dokumen yang dikemukakan, dan memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.

Rahim yang pernah mencetuskan kontroversi kerana menjadi antara salah seorang Datuk T menayangkan video seks mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2011 berkata selepas siasatan membuktikan dirinya tidak bersalah beliau kembali memegang jawatan tersebut. Bagaimanapun katanya, beliau terperangkap dengan Anwar pada ketika itu timbalan perdana menteri yang memintanya untuk menandatangani surat pelepasan jawatan kerana mendakwa ia arahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Selepas penyiasatan dibuat bersihkan diri saya, saya menyambung semula mandat jawatan ketua Pemuda Umno tapi tertipu oleh Anwar Ibrahim untuk letak jawatan ketua menteri Melaka.
" Anwar panggil saya di pejabat timbalan perdana menteri dan beritahu perdana menteri (ketika itu Dr Mahathir) untuk letak jawatan ketua menteri sebab sudah jadi liabiliti parti kerana angkara media.
"Saya akur bila Anwar paksa saya tulis tangan peletakan jawatan saya di depannya. Malangnya selepas itu Dr Mahathir kata dia tidak pernah berjalan pun," katanya. - 5 Julai, 2015. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails