Monday, July 06, 2015

Kahwin Murah, Baikkah Trend Korea Bawa Ke Malaysia?

Seorang lelaki menyarungkan cincin perkahwinan di jari pengantin perempuan semasa berkahwin di Perpustakaan Negara Korea di Seoul, Korea Selatan pada 16 Mei lalu. - REUTERS

SEOUL – Semakin ramai rakyat Korea Selatan meminggirkan resepsi mewah dan berkahwin dalam majlis kecil-kecilan ketika negara berkenaan berdepan kelembapan ekonomi.
Pada tahun lalu, purata perbelanjaan perkahwinan di Korea Selatan ialah sekitar AS$64,000 (RM242,541) atau sekali ganda lebih tinggi berbanding di Amerika Syarikat (AS).
Majlis perkahwinan di negara itu biasanya diadakan untuk menunjukkan status seseorang melibatkan beratus-ratus tetamu dan pemberian hadiah mewah. Namun, kos perkahwinan yang melambung tinggi menyebabkan semakin ramai lelaki dan wanita Korea Selatan menangguhkan untuk berkahwin.
Bagi meningkatkan kadar perkahwinan yang terendah pada 2014, kerajaan bertindak menyewakan fasiliti awam seperti dewan orang-ramai pada harga amat rendah.
“Saya mahu perkahwinan saya diraikan bersama-sama orang yang saya kehendaki. Saya juga tidak suka jika mendapat undangan perkahwinan daripada mereka yang saya tidak begitu kenali,” kata seorang pengantin baharu berusia 32 tahun, Cho Jin-oh.
Dia dan suaminya, Kim Kwang-yoon, 34, menyewa sebuah dewan kecil milik Dewan Bandar Raya Seoul pada harga cuma AS$60 (RM227) untuk berkahwin. Mereka turut membayar sendiri kos majlis perkahwinan sebanyak AS$10,000 (RM37,883).
Trend majlis perkahwinan kecil-kecilan mula mendapat tempat di Korea Selatan pada tahun lalu yang turut dipopularkan oleh artis irama K-Pop. Pada bulan lalu, bintang filem Won Bin dan Lee Na-young berkahwin di sebuah ladang gandum dekat Seoul dengan dihadiri kurang daripada 50 tetamu. – Reuters
Trend majlis perkahwinan kecil-kecilan mula mendapat tempat di Korea Selatan, baikkah dibawa ke negara ini?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails