Tuesday, July 07, 2015

Remaja S'pura Hina Kuan Yew Bebas Selepas Dihukum Penjara.

YEE (tengah) meninggalkan sebuah mahkamah di Singapura bersama ibu bapanya semalam.
 
SINGAPURA – Remaja Singapura di belakang serangan dalam talian terhadap bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew, Amos Yee dijatuhi hukuman penjara empat minggu semalam.
Yee, 16, bagaimanapun dibebaskan selepas hakim mengambil kira masa dia berada dalam tahanan sejak didakwa menghina penduduk beragama Kristian dan menyiarkan imej lucah.
Dia dihukum penjara tiga minggu kerana menyinggung perasaan keagamaan apabila menyamakan Kuan Yew dengan Nabi Isa dalam satu klip video yang disiarkan di YouTube selepas pemimpin itu meninggal dunia pada Mac lalu.
Yee turut dipenjara seminggu kerana menyiarkan lukisan lucah yang memaparkan Kuan Yew dan bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher. Kedua-dua hukuman itu bermula pada 2 Jun lepas apabila Yee direman kerana melanggar syarat pemerhatian polis.
Hakim Mahkamah Daerah Jasvender Kaur berkata, kesalahan tersebut tidak serius tetapi juga tidak boleh dipandang ringan. Hukuman maksimum kerana menghina agama dan kaum ialah penjara tiga tahun, manakala mereka yang menyebarkan imej lucah pula boleh dipenjara sehingga tiga bulan. – AFP

1 comment:

mansor said...

bravo amos, build yourself you ll be the future leader for future generation....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails