Tuesday, July 07, 2015

'Pendirian kita pendirian Islam'. Tuduhan Kpd Najib Sama Seperti Kpd Anwar. -Abd Hadi.

“Pendirian kita pendirian Islam'. Kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dengan mengatakan ia sama seperti pertuduhan yang dilemparkan terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan saksi. - Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Julai, 2015.

Presiden PAS itu berkata, ini sama sahaja seperti pertuduhan yang dilemparkan terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan saksi. Lapor The Malaysian Insider.

"Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga ... saksi yang adil, "kata Abd Hadi merujuk kepada laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang mengatakan berbilion ringgit wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
 "Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang," katanya seperti dilaporkan portal Astro Awani Online di Kota Baru, Kelantan mengulas kenyataan Haron pada Ahad yang mempertahankan Najib daripada skandal terkini seperti didedahkan WSJ.

Haron sebelum ini dilaporkan menyifatkan dakwaan WSJ sebagai "tidak logik" dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dahulu sambil berkata, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, akaun sulit akan digunakan dan bukannya akaun peribadi.


Minggu lalu, Malaysia digemparkan dengan laporan WSJ berhubung dokumen siasatan pihak berkuasa Malaysia terhadap syarikat sarat hutang yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013 dan 2015.

Najib menafikan dakwaan itu dan menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai dalang di belakang pendedahan tersebut.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada Sabtu berkata sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, sudah pun memulakan siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Gani turut mendedahkan, pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Najib, dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu.

Gani berkata, beliau sudah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.

Syabas Presiden PAS. (IH)

13 comments:

ahmad said...

Tapi Anwar dipenjara waktu ini, kenapa nak samakan dgn Anwar, Najib pun nak masuk penjara ke?

Anonymous said...

abis tu,,,yg tuduh pil kuda tu apa nya...pendirian siapa....KIHKIHKIH...lawak thn 2015

Anonymous said...

sudahlah hadi,mana kau pertahankan anwar dulu masa anwar kena penjara dulu,kau diam je ,macam kau setuju je,sudahlah kau berdua,hadi dan haron.ramai orang dh meluat kau kamu berdua ni,cakap tak serupa berak.

Anonymous said...

Tuduh calon pencabar Presiden sebagai calon DAP, mana buktinya?

KETAM TUA DALAM PERIUK,
AJAR ANAK JALAN BETUL,
APAKAH KAU MABUK?
CAKAP BENAR TAPI BUAT TAK BETUL.

bunbinban said...

datangkan 4 saksi yg tidak fasik jika ko berkata benar wahai hadi awang dlm kes pil kuda, komunis dan calon DAP...mana mana mana?.

Anonymous said...

Ularmak apa mcm ni..ckp x srupa bikin..bukan smua ahli pas/rakyat bangang..sudah2 la..ularmak doonia sahaja..

joko said...

Islam ke kalau pecah janji dengan pkr.

Anonymous said...

Pendirian Islam ???
Ker.... pendirian dia ?
Bila pulak pendirian dia jadi pendirian Islam ?

cikmatgelap said...

dlm pas ada tolol,barua,serigala,anjing dan si adi dgn si aron tu le anjing2nya,tu le barua2nya,tu le yg tolol2 nya,meludah kelangit le.....tertelan air ludah sendiri

Anonymous said...

Nampak marah sgt tu cikmatgelap.. kah kah kah
ayat org kecewa..

Anonymous said...

Orang kecewa selalu fitnah PAS. Terimalah hakikat bahawa rakyat telah memilih ulama untuk memimpin PAS!

Anonymous said...

Kita semua sokong ulama memimpin PAS untuk kebaikan manusia. Kesian melihat manusia kecewa menfitnah PAS siang dan malam. Syaitan dan iblis tentunya gembira bila manusia kecewa menfitnah ulama ! Insaflah diri dan bertaubatlah !

Unknown said...

jenayah kolar putih pun kena mesti ada 4 saksi ke. konfius..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails