Saturday, September 28, 2013

Kaya Macam Syaitan?


CATATAN SANTAI

ORANG kaya macam syaitan? Itulah orang kaya yang membazir. Firman Allah SWT yang bermaksud: 
  • ”Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” [Al Israa’:26-27]
  • ”Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” [Al An’aam:141]
Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
  • "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta." (Hadis riwayat al-Bukhari). 
Ada hadis yang bermaksud: 
  • "Ketika Mu'awiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita mengenai Rasulullah, katanya Rasulullah tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah melakukan perkara keji. "Beliau juga berkata: Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya." (Hadis riwayat al-Bukhari).
Antara pengajaran itu ialah ingatan supaya kita tidak melakukan pembaziran dan boros dalam kehidupan. Pembaziran ialah mengeluarkan wang atau menggunakan barang secara berlebih-lebihan. Amalan membazir atau boros ini amat dilarang Allah hingga disamakan dengan saudara syaitan. Tak kira samada mereka itu kaya, miskin, rakyat apa lagi pemimpin rakyat.

Nabi Muhammad SAW sendiri selaku Nabi dan pimpinan negara bertaraf dunia, di mana kerajaan gergasi Romawi dan Persia yang kaya waktu itu sudah hampir jatuh di tangannya.. Namun beliau tetap menolak gaya hidup mewah seperti negara-negara itu. Pada zaman Sahabat kedua kerajaan besar itu sudah dikuasai di Islam, namun kerajaan mereka juga tetap tidak seperti Raja Romawi dan Persia yang hidup mewah bergelimang harta.  

Bagaimana hidup sederhana Nabi?

Beliau SAW memang hidup sederhana. Nabi SAW tidur hanya beralaskan pelepah kurma sementara perabot rumahnya sedikit sekali sehingga membuat Umar RA menangis terharu..



Umar RA mengisahkan:   
Aku (Umar) lalu segera masuk menemui Rasulullah saw. yang sedang berbaring di atas sebuah tikar. Aku duduk di dekatnya lalu beliau menurunkan kain sarungnya dan tidak ada sesuatu lain yang menutupi beliau selain kain itu. Hingga nampak kesan tikar berbekas di tubuh beliau. 
Kemudian aku melayangkan pandangan ke sekitar bilik beliau. Tiba-tiba aku melihat segenggam gandum kira-kira seberat satu sha‘ dan daun penyamak kulit di salah satu sudut bilik serta sehelai kulit binatang yang belum sempurna disamak. 

Seketika itu kedua mataku menitiskan air mata tanpa dapat kutahan. Rasulullah bertanya: 
  • Apakah yang membuatmu menangis, wahai putera Khathab?   
Aku menjawab: 
  • Wahai Rasulullah, bagaimana aku tidak menangis, tikar itu telah membekas di pinggangmu dan tempat ini aku tidak melihat yang lain dari apa yang telah aku lihat. Sementara kaisar (raja Romawi) dan kisra (raja Persia) bergelimang buah-buahan dan sungai-sungai sedangkan engkau adalah utusan Allah dan hamba pilihan-Nya hanya berada dalam sebuah bilik pengasingan seperti ini.   
Rasulullah saw. lalu bersabda: 
  • Wahai putera Khathab, apakah kamu tidak rela, jika akhirat menjadi bahagian kita dan dunia menjadi bahagian mereka?  
[Muslim]



Keluarga Nabi tidak pernah 3 hari berturut-turut makan dengan kenyang. Selalu ada saat kelaparan setiap 3 hari. 


  • ‘Aisyah melaporkan: Tidak pernah keluarga Muhammad (SAW) makan sampai kenyang dengan roti gandum untuk tiga malam berturut-turut sejak kedatangan mereka di Medinah hingga wafatnya” [Muslim]


Sunnah Nabi

Inilah sunnah Nabi kita. Kaya, tapi memilih menyumbangkan kekayaannya untuk kejayaan Islam. Bukan menumpuk-numpuk kekayaannya untuk bermegah-megah seperti dalam surat At Takatsuur. Para sahabat seperti Usman bin Affan menyumbang sepertiga hartanya untuk jihad di jalan Allah. Umar bin Khothob menyumbang separuh hartanya. Dan Abu Bakar menyumbang seluruh hartanya. 
 


Sempat para sahabat dalam 7 peperangan sampai makan belalang kerana lapar. Pernah juga mereka makan seekor kambing beramai-ramai. Meski hidup prihatin, namun Nabi dan para sahabat dalam berjihad luar biasa hebatnya sehingga dua super power dunia waktu itu, Romawi dan Persia tidak dapat menaklukkan pasukan Islam. Merekalah yang tunduk.  Harta yang ada digunakan bukan untuk kepentingan pribadi atau hidup mewah, tapi digunakan untuk melengkapi kendaraan, senjata, dan juga logistik untuk jihad.

Isteri Nabi, ’Aisyah berkata bahawa pernah Nabi pagi-pagi mendapat hadiah yang banyak. Namun sebelum petang tiba, harta tersebut sudah habis dibahagikan untuk fakir miskin. Itulah akhlak Nabi sesuai ayat Al Qur’an di bawah:


  • Allah SWT berkata, ”Engkau tak akan mendapatkan kebaikan apa pun hingga kamu sedekahkan sebahagian harta yang paling kamu cintai. Ketahuilah, apa pun yang kamu infakkan, Allah pasti mengetahuinya.” (Ali ‘Imran: 92).


  • ”Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” [Al Baqarah:195]
Tetapi...

Rupanya, sudah menjadi tabiat manusia, ia akan lebih konsumtif menghambur wang, manakala mulai mengeyam kehidupan yang mapan dan memiliki kemudahan ekonomi. Seolah-olah kekayaan kurang bererti banyak bila pemiliknya tidak pergunakan untuk keperluan yang lebih besar. 

Al Qur`ân telah menegaskan bahawa tipologi manusia, menghamburkan wang dan berfoya-foya semasa dalam kondisi berada, dengan menghindari gaya kesederhanaan dan keseimbangan. Firmannya..
  • Dan jikalau Allah melapangkan rezki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Mahamelihat. [asy-Syûra/42:27].
‘Ali bin Tsâbit rahimahullah berkata:
  • Kelemahan akal itu bangga diri dan emosi. Dan penyakit harta itu pemborosan  dan perompakan.
Kesimpulan: 

Secara global, Al-Quran telah menjelaskan cara pengelolaan ekonomi dengan segala pengiraan, yang intinya mencakup dua hal. 
  1. Inilah yang dimaksud dengan “ushûl iqtishâd”, iaitu husnun nazhari fiktisâbil mâl (kecakapan mencari materi) dan 
  2. husnun nazhar fi sharfihi fi mashârifihi (kecakapan membelanjakan harta pada pos-pos pengeluaran yang tepat). 
Lihatlah, bagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala membuka jalan bagi perolehan ma’îsyah melalui cara-cara yang tetap menjaga muru`ah dan agama (pekerjaan yang halal).

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
  • Apabila telah ditunaikan sholat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. [al-Jumu'ah/62:10].  
Begitu pula Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerintahkan agar manusia bersikap hemat dalam pembelanjaan. Allah SWT berfirman:
وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَحْسُورًا
  • Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenngu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal. [al-Isrâ`/17:29] 
Selanjutnya, Allah SWT melarang membelanjakan harta pada perkara-perkara yang terlarang. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam neraka Jahanamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan.[al-Anfal/8:36].

Sebelum ini..
Allahu 'aklam.


Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
27 Sept 2013
KL

 
Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

1 comment:

Nazir said...

Mukmin yg kuat lebih disukai dr Mukmin yg lemah.
Org kaya yg bertaqwa tentunya lbh baik dr org miskin yg bertaqwa kerana bnyk amalan tertentu hanya dpt dilakukan oleh org yg berharta dan tidak dpt dilakukan bila tidak berharta.
Hanya saja Rasullullah saw tidak memilih utk berharta di dunia dan Baginda saw memperingatkan lbh ramai yg miskin di Syurga, dan yg kaya bnyk persoalannya. Dlm pd itu Baginda saw juga memperingatkan tekanan berat kemiskinan dan kefakiran pula memungkinkan kekufuran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails