Monday, September 23, 2013

T/Presiden PAS: Pencalonan Tertinggi Husam, Segamat, Shah Alam, Lembah Pantai, Kota Bharu..

Datuk Husam Musa (gambar) melahirkan rasa keberatannya untuk menyertai pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS ke 59 November ini.
"Saya rasa jawatan naib presiden yang saya pegang sekarang sudah cukup tinggi untuk saya," kata Husam dalam program Dialog Anak Muda di sebuah dewan dekat Bandar Baru Salak Tinggi malam tadi.

Pencalonan tertinggi yang diperoleh Husam adalah dari Segamat (Johor), Shah Alam (Selangor), Lembah Pantai (Wilayah Persekutuan) dan yang terbaru Kota Bharu (Kelantan).

Jika kita nilai siapakah yang mencalonkan Husam, kita akan faham bahawa ahli-ahli dari cawangan bandar lebih cenderung kepada Husam kerana mempunyai pendirian kukuh anti perpaduan dengan UMNO.

Justeru itu Husam tidak boleh menghampakan harapan akar umbi supaya bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PAS. Harapan ini bukan untuk kebaikan mana-mana individu tetapi menjurus kepada kekuatan dan keteguhan parti secara keseluruhan.

Husam juga perlu melihat kedudukan UG yang semakin kuat di dalam PAS. Mereka berada di mana-mana sahaja. Jika kelompok ini tidak dibendung maka tidak mustahil PAS akan bungkam ke bumi. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa mereka ini adalah makhluk-makhluk yang mempunyai citarasa duniawi dan kemelayuan yang tinggi dan tidak sesuai berada dalam PAS.( jika dia ulama elok join Fathul Bari.. wakaka)

Tanpa menuding jari kepada parti lawan, kita seharusnya sedar kejatuhan kerajaan Islam Melaka, Iraq, dan Afghanistan adalah berpunca daripada pengkhianatan dari dalam. Melaka jatuh kerana pengkhianatan mamak, Iraq jatuh kerana pengkhiatan syiah dan Afghanistan jatuh kerana pengkhiatan Raja dalam buangan.

Sikap seperti api dalam sekam yang dimainkan mereka adalah sangat berbahaya kepada PAS. Kewujudan PAS sebagai parti Islam negara sedang merintis denai-denai ke juram yang sangat dalam.
"Ketika itu saya dengan jelas menyatakan penyertaan saya adalah untuk menyatakan dengan tegas bantahan saya terhadap usaha perbincangan secara sulit yang dibuat oleh sesetengah pimpinan PAS untuk bekerjasama dengan Umno pada masa itu," kata Husam 
Jika dahulu Husam bertanding untuk membantah kerjasama dengan UMNO maka Husam perlu meneruskan bantahan tersebut dengan bertanding lagi kerana kelompok pro UMNO masih wujud dalam PAS seperti mana diperakui oleh Zaid Ibrahim.

Imbas kata-kata ini,
“ Tiada Islam tanpa Jamaah, tiada Jamaah tanpa pemimpin dan tiada pemimpin tanpa ketaatan" - Sayidina Umar Al Khattab RA.

Sama-sama kita lihat wajah-wajah UG sekiranya Husam ditakdirkan memenangi jawatan itu kelak. - GHM

Info tambahan dari TMI
Selain Husam, turut disebut-sebut bakal mendapat pencalonan untuk jawatan ini adalah Mohamad Sabu yang akan mempertahankan jawatannya dan Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang mendapat pencalonan dari Besut.

Turut dijangka mendapat pencalonan untuk jawatan ini adalah Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim.

Sehingga kini hanya nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicalonkan untuk jawatan Presiden PAS.

Setiap kawasan PAS di seluruh negara berhak membuat pencalonan untuk semua jawatan tertinggi PAS.

PAS akan mengadakan Muktamar ke 59 pada 22 hingga 24 November ini di Shah Alam dimana pemilihan untuk semua jawatan tertinggi parti dilakukan. – 21 September, 2013. - TMI

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013 

3 comments:

Anonymous said...

harap2 tiada yg pro syiah dalam menjawat jawatan Tim Pres..ni

Anonymous said...

Bila pro UG ni nak berhenti, tak paham ke majoriti tak nak. Kalau korang yang pro UG ni suka sangat perpaduan pergilah masuk UMNO, berpadu-padulah korang dalam umno.

paparock said...

jenis yg suka melabel orang UG tu reti ke dok apa mende UG... kalu dop paham gi belajar dengan sifu deme nun DSAI Nuar Berahim tu...
pahtu calonla si Khalid Dongeng tu bertanding jawatan Presiden PAS.. ke guaner... ada brand?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails