Thursday, September 26, 2013

Jom, Solat Ghaib Untuk Ustaz Azizan.. Begini..





BAGI yang tak sempat solat jenazah Ustaz Azizan Di Pokok Sena, anda masih berpeluang Solat Ghaib untuk beliau. Begini..

Klik video ini... Ust Azhar - Solat jenazah ghaib

Belajar lah wahai lelaki! Apakah engkau tidak malu bila tak pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah kita yang meninggal. Itu sahaja lah salah satu penghormatan yang terakhir buat insan yang membesarkan dan menjaga kita… 

Cara Ringkas Solat atau Sembahyang Jenazah :

1. Letakkan mayat didepan dengan kepalanya disebelah bahu kiri jamaah solat

2. Berdiri Tegak

3. Takbiratulihram
Takbiratul Pertama dan Niat
“Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala.

4. Angkat Takbir “Allahuakbar” & Niat dalam hati
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Jadi makmum? tambah “sebagai makmum kerana Allah Taala”
Baca Alfatihah hingga akhir

5. Angkat Takbir Kedua “Allahuakbar”
Baca : Allahumma solli a’la Muhammad wa a’la ali Muhammad
Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

6. Angkat Takbir Ketiga “Allahuakabar”
Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. Untuk janazah kanak-kanak sila baca doa di sini.

7. Angkat Takbir Ke Empat “Allahuakbar”
“Assalamualaikum warahmatullah ” Beri Salam kanan dan kiri, Selesai
Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah.

Mudah saja! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails