Tuesday, September 24, 2013

Abang Tiri Obama Terlibat Ikhwan Mesir?

Malik Obama

NAIROBI - KENYA. Abang tiri Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menafikan tuduhan beliau terlibat dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin (IM) di Mesir. Malik Obama secara tegas menyangkal dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak pernah ke Mesir atau terlibat dengan gerakan IM.

“Tuduhan itu tidak masuk akal. Buat apa saya ke negara yang sedang huru hara itu?,” katanya kepada Agensi media Turkish Anadolu.

Menurutnya, beliau kini sedang sibuk menguruskan kerja amal di bawah Yayasan Barack H Obama.

“Sebagai ketua keluarga Obama saya kini giat melakukan program mempromosikan keamanan dunia dan pembangunan modal insan,” katanya.

Spekulasi tercetus, selepas seorang peguam Mesir membuat aduan kepada Pegawai Pendakwa negara itu untuk menyenaraikan Malik sebagai individu paling dikehendaki kerana terlibat dengan pergerakan IM yang kini diharamkan di negara terbabit, laporan dipetik dari Press TV. (TKO)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails