Saturday, September 28, 2013

'Port' Syiah Diserbu, PAS Punya Pasal?

  Markas Syiah di Sri Gombak.

KEMASKINI
GOMBAK - Serbuan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), ke atas markas  Syiah di Sri Gombak malam tadi  menemui jalan buntu apabila tiada seorang pun ahli Syiah yang berjaya ditahan oleh penguatkuasa.

Seolah-olah mengetahui kehadiran penguatkuasa, markas Syiah itu sunyi sepi tatkala serbuan dibuat. Sebelum itu, penguatkuasa Jais terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk memecahkan mangga di pintu, sebelum berjaya memasuki markas berkenaan.

Tatkala menjejaki ke dalam markas berkenaan tulisan memuji serta memuja Saidina Ali tertera di dinding markas berkenaan. Turut ditemui 'batu Karbala' serta kitab-kitab mengenai ajaran Syiah. Semua kitab tersebut disita oleh Jais namun premis berkenaan hanya akan disita oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Serbuan diketuai oleh Penolong Pengarah Seksyen Perundangan dan Kesalahan Jais, Mohd Shahrom Maarof serta dianggotai oleh 25 anggota penguatkuasa.

Sementara itu di  Muadzam Shah, Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan seorang ustaz berusia 64 tahun di Pekoti Timur, Ulu Keratong, kerana disyaki mengamal ajaran Syiah petang semalam. Serbuan yang dilakukan JAIP dengan kerjasama polis turut merampas beberapa buku berkaitan Syiah termasuk tasbih serta tiga batu herba.

Kuliah Agama Sesat Di Gombak, PAS Punya Pasal? Mana JAIS?


Kuliah Agama Sesat Syiah Di Gombak 27.09.2013
Sebuah blog melaporkan: Penganut agama sesat Syiah sulah belani mengiklankan kuliah meleka secala telang-telangan. JAIS sila ambil tindakan. Ini semua PAS punya pasat!

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa PAS Punya pasal?? Siapa dalang blog ini? Tujuan untuk apa?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails