Masjid Houhuangcun terletak di kampung Houhuang, pekan Bianyuan, 
bandar Feicheng, Taian, provinsi Shandong, China. Masjid yang dibina 
pada zaman Dinasti Ming itu merupakan salah sebuah masjid yang tertua di
 bandar Feicheng.
Bandar Linqing ditubuhkan pada tahun 330 Masihi dan pernah menjadi 
pusat industri, perdagangan dan kebudayaan. Pada zaman Dinasti Ming dan 
Qing, bandar Linqing menjadi pusat perdagangan kebangsaan seiring dengan
 perkembangan pengangkutan di Terusan Besar yang melalui bandar 
tersebut.
Pada zaman Dinasti Yuan, sejumlah besar saudagar Islam dari negara 
Arab dan Parsi mula berhijrah ke Linqing dan turut membina masjid di 
bandar tersebut. Terdapat tiga buah masjid termasuk Masjid Kuno, Masjid 
Utara dan Masjid Timur di bandar Linqing pada masa sekarang. Ketiga-tiga
 buah masjid tersebut disenaraikan sebagai peninggalan sejarah peringkat
 provinsi atau kebangsaan.
Masjid Utara yang terletak di bahagian barat laut bandar Linqing juga
 dikenali sebagai Masjid Hongjia. Masjid itu dibina pada tahun 1488 
hingga 1506 dan telah berusia kira-kira 500 tahun.
Kawasan masjid luasnya 10 ribu meter persegi, manakala bangunan 
masjid luasnya dua ribu meter persegi. Ruang sembahyang panjangnya 44 
meter, lebarnya 31 meter, tingginya 21 meter, luasnya 1,400 meter 
persegi dan dapat menampung dua ribu orang solat berjemaah. Bangunan 
masjid itu menggabungkan seni bina tradisional Cina dengan negara-negara
 Arab.
Masjid Xijie, Shandong
2013-08-15 - CRI
Masjid Xijie terletak di Jalan Barat Pekan Guancheng, kaunti Guanxian, bandar Liaocheng, provinsi Shandong, China.
Masjid itu dibina pada tahun 1405 dan merupakan salah sebuah masjid 
yang paling tua dan besar di bandar Liaocheng. Pada masa ini, masjid itu
 disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting di bandar tersebut. 
Kawasan masjid luasnya lebih sembilan ribu meter persegi. Ruang sembahyang luasnya 449 meter persegi.
Persatuan Islam kaunti Guanxian berpejabat di masjid tersebut.
 Inilah sebahagian dari bukti sejarah bahawa Islam juga milik bangsa Cina, bukan untuk bangsa Melayu dan Arab sahaja.
Begitu juga ini..
E-Buku IH-52: Kaligrafi Cina & Islam
(IH/CRI)
 
 
1 comment:
Islam untuk semua
Post a Comment