Thursday, September 26, 2013

Atlet Guna Kemaluan Palsu Untuk Lepasi Ujian Dadah

Program ujian air kencing di tempat kerja di Malaysia

Rome: Seorang pelari jarak jauh Itali berdepan tindakan disiplin kerana didakwa menggunakan kemaluan palsu untuk melepasi ujian dadah.
Devis Licciardi, 27, dikatakan menggunakan kemaluan palsu mengandungi air kencing yang tidak tercemar sebagai sampel untuk ujian sebelum perlumbaan 10 kilometer.

Dakwaan itu menggambarkan babak lucu daripada filem Withnail and I apabila karakter dalam filem berkenaan cuba mengelak ditahan akibat memandu dalam keadaan mabuk dengan menyerahkan air kencing kanak-kanak ketika ujian dilakukan.

Licciardi yang juga atlit bagi pasukan tentera udara Itali disyaki oleh marsyal perlumbaan menggunakan kemaluan palsu.

Pihak berkuasa Jawatankuasa Olimpik negara itu segera dimaklumkan mengenai perkara itu dan dia dijangka berdepan sesi disiplin di Rome esok (hari ini) dan mungkin dilarang menyertai perlumbaan dalam tempoh lama. Licciardi disyaki menggunakan alat bergelar Whizzinator itu yang banyak dijual di Internet.

Diiklankan sebagai “alat air kencing sintetik yang selamat untuk semua jenis keseronokan”, ia dijual pada harga £87 (RM449) lengkap dengan elemen pemanasan dan satu beg air kencing tidak tercemar bagi membantu orang ramai melepasi ujian dadah. Produk sensitif itu datang dalam pelbagai jenis untuk pelanggan berbilang bangsa, termasuk orang kulit putih, Latino dan orang kulit hitam. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails