Thursday, December 04, 2014

Islam Di UK Makin Menerjah. 1 Dari 10 Remaja, Pilih Islam.

Islam di Inggris makin eksis
Muslim UK. ©Reuters

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 
 
Islam menjadi agama paling banyak diperbincangkan tahun ini. Secara kasar lebih banyak negatif berbanding positif lantaran tindakan segelintir penganutnya yang disebut-sebut merosakkan dengan keganasan kepada warga dunia.

Muslimin sejagat harus membayar mahal atas pelbagai tindakan kumpulan yang dikatakan pelampau itu. Hujatan dan makian dilontarkan banyak pihak pada pengikut Nabi Muhammad SAW hingga kepada penghinaan Al-Quran yang dituduh sebagai kitab mengajarkan kekerasan. Namun, mereka harus boleh menerima kenyataan dan fakta bahawa Islam terus menerjah dan makin berkembang.  

Bertambah pengikutnya walau tidak ketara, dan laporan pelbagai kajian menunjukkan agama samawi ini bakal menguasai dunia dua dekad ke depan. Sekurang-kurangnya hal ini pernah diteliti oleh Pejabat Statistik Nasional Inggeris (ONS). Dalam laporan mereka tahun lalu memperlihatkan warga Kristian mengalami penurunan dan penduduk muslim meletup naik

Satu dari sepuluh remaja di usia 25 tahun memeluk Islam dan agama ini bakal menjadi dominan di United Kingdom dalam satu dekad ke depan, demikian menurut makluman akhbar Russia Today (17/5/2013). Jumlah warga Kristian menurun secara drastik hingga 50 peratus dan sangat cepat daripada anggaran. Masjid-masjid di Inggeris menjadi lebih ramai dari biasa

Kebanyakan anak muda tertarik mempelajari Islam lebih jauh lagi. Bahkan ada ramalan menyebutkan, umat muslim Inggeris boleh lebih ramai dari negara Kuwait. Perkhidmatan masjid untuk awam telah menarik empat ribuan orang berbondong-bondong datang ke rumah ibadah umat muslim itu. Sebaliknya, hanya sedozen peserta ibadah minggu di gereja, seperti diberitakan langsung wartawan the Russia Today Polly Boiko.

Wakil Persatuan Masyarakat Inggeris Andrew Copson berkata penurunan peserta gereja di Negara Tiga Singa itu memang sangat ketara. Sekitar 95 peratus penduduk Kristian tidak menghadiri ibadah setiap minggu. Ibadah ini menjadi minoriti.

"Saya fikir tradisi yang berkaitan dengan Kristian akan hilang. Bukan hanya di Inggeris melainkan juga di banyak negara," ujar Copson.

Dr Muhammad Abdul Bari salah satu dewan kehormatan Masjid di Ibu Kota London bahagian timur yang terbesar mengatakan, anak muda banyak tertarik mempelajari Islam lantaran nilai-nilai baik. Banyak juga berpendapat Kristian tidak memberikan rasa aman sehingga kaum muda United itu tidak mampu bertahan dalam situasi keganasan di jalan-jalan Inggeris.

Kenyataannya, Inggeris mempunyai angka cukup tinggi pembunuhan pada 2007 berbanding negara Kesatuan Eropah lain. Negara ini jadi paling keras di benua itu. Sebagai perbandingan, di tahun sama kira-kira 2,000 kejahatan terjadi berbanding 100 ribu penduduk. Bandingkan dengan Amerika Syarikat hanya 466 kejahatan.

Pada kajian terbaru bahkan terjadi 8.6 juta kejahatan. Kepastian hukum dalam Islam juga membuat banyak orang menjadi taat. Seperti mengharamkan minuman, pornografi, judi, dan sebagainya. Lembaga Forum Think Tank Pew berkata jumlah muslim Inggeris akan membengkak dua kali ganda pada dua dekad ke depan dan pada 2030 jumlah umat Islam United Kingdom itu lebih dari Kuwait.

Selain itu yang mengejutkan ternyata di tahun ini, nama lelaki Inggeris paling popular yakni Muhammad, mengalahkan nama-nama berbau Eropah atau Nasrani seperti Oliver, Jack, Noah, dan Jacob. Padahal di tahun sebelumnya nama Rasulullah itu ada di urutan 28.

Sementara nama George yang dipakai untuk putera mahkota Inggeris, merosot ke urutan 13, keluar dari sepuluh besar, atau turun lima peringkat dari tahun sebelumnya. Nama bangsawan kerajaan seperti William dan Harry juga tahun ini kurang diminati sehingga peringkatnya terus menurun.

Perkembangan muslim memang tidak lepas dari peranan pendatang Timur Tengah yang populasinya cepat berkembang di Inggeris. Melalui pergaulan Islam merasuk ke tengah-tengah rakyat negara itu dan penerimaanya boleh meluas. Hanya perlukan beberapa tahun ke depan untuk membuktikan agama samawi ini memang luar biasa.


Bertuahlah kita menjadi orang Islam.

 
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
3 Dis 2014 KL 


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails