Tuesday, December 02, 2014

Hong Kong: Polis, Perusuh Bertempur Lagi.



AFP - SEORANG anggota polis memukul seorang pelajar ketika menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan yang berhimpun di Pusat Admiralty di Hong Kong semalam. 
 
HONG KONG – Ibu pejabat kerajaan di Hong Kong terpaksa ditutup sementara semalam selepas beribu-ribu penyokong prodemokrasi berhimpun di kompleks berkenaan.

Kumpulan tunjuk perasaan tersebut turut bertempur dengan pihak polis selepas enggan berundur dari kompleks berkenaan walaupun diarah berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying berkata, pihak berkuasa mengamalkan sikap tolenrasi sepanjang dua bulan protes berkenaan berlangsung. Bagaimanapun, beliau membayangkan untuk mengambil tindakan tegas selepas sudah ‘hilang sabar’ dengan kumpulan penunjuk perasaan berkenaan.
“Ramai pihak beranggapan bahawa toleransi yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa ini adalah satu kelemahan.
“Saya memberi amaran kepada kumpulan penunjuk perasaan supaya membatalkan hasrat untuk kembali ke lokasi perhimpunan,” katanya.

Kekacauan semalam tercetus ketika beratus-ratus kumpulan penunjuk perasaan yang berhimpun di Pusat Admiralty yang menempatkan pejabat kerajaan dan gerai perniagaan bertempur dengan pihak polis.

Anggota polis dilihat mengejar kumpulan penunjuk perasaan dengan belantan dan menyembur mereka dengan cecair cili.Pihak polis berkata, seramai 40 penunjuk perasaan ditahan dalam kekacauan tersebut.

Kumpulan tunjuk perasaan yang disertai aktivis pelajar membantah tindakan China yang mahu menyaring terlebih dulu calon bakal bertanding dalam pilihan raya umum pulau berkenaan pada tahun 2015.
– Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails