Wednesday, December 03, 2014

Sejarah Bangsa Uighur?

  Peta Xinjiang (Uighur) 

BANGSA Uighur adalah keturunan puak-puak Turki yang hidup di Asia Tengah, terutama di wilayah China, Xinjiang. Namun, sejarah etnik Uighur menyebut daerahnya itu Uighuristan atau Turkestan Timur.  

Menurut sejarah, bangsa Uighur merdeka telah tinggal di Uighuristan lebih dari 2,000 tahun. Tapi China mendakwa daerah itu warisan sejarahnya, dan oleh sebab itu tidak dapat dipisahkan dari China. Orang Uighur percaya, fakta sejarah menunjukkan tuntutan China tidak berasas dan sengaja mentafsir sejarah secara salah, untuk kepentingan pengembangan wilayahnya. Uighuristan merupakan tanah subur 1,500 batu dari Beijing, dengan luas 1.6 juta km2, hampir 1/6 wilayah China.  


Xinjiang adalah wilayah terbesar di China. Di utara, tanah Uighur bersempadan dengan Kazakhstan; Mongolia di timur laut; Kirghiztan dan Tajikistan di barat laut; dan dengan Afghanistan-Pakistan di barat daya. Keturunan-keturunan puak Turki di Asia Tengah mempunyai asal, bahasa, tradisi dan kebudayaan dan agama yang sama.  

Tahun 1924, rejim Bolshevik Rusia, Joseph Stalin, membahagikan etnik ini menjadi Uighur, Kazakh, Lyrgyz, Ubzek, Turkmen, Bashkir dan Tatar, dalam persidangan etnik dan pembahagian negara di Tashkent, Uzbekistan. Tahun 1949, 96 peratus penduduk Xinjiang adalah puak-puak Turki. Namun, bancian China terakhir menyebutkan kini hanya ada 7.2 juta Uighur dari 15 juta warga Xinjiang.  

Selain itu ada etnik Kazakh (1 juta), Kyrgyz (150 ribu), dan Tatar (5 ribu). Para tokoh Uighur percaya jumlah mereka di sana 15 juta. Selain itu, kini di Xinjiang tinggal juga etnik bangsa Asia: Han-China, Manhcu, Huis, dan Mongol. Di luar Uighuristan diperkirakan ada 5 juta Uighur di Turkistan Barat, kini masuk negara-negara pecahan Kesatuan Soviet: Kazaktstan, Uzbekistan, Turkmenistan dan Tajikistan


Selain itu, 75 ribu Uighur tinggal di Pakistan, Afgahnistan, Saudia Arabia, Turki, Eropah dan Amerika Syarikat. Orang Uighur berbeza bangsa dengan China-Han. Mereka lebih mirip orang Eropah Kaukasus, sedang Han mirip orang Asia. Bangsa Uighur mempunyai sejarah lebih dari 4,000 tahun. Sepanjang itu, mereka telah mengembangkan kebudayan uniknya, sistem masyarakat, dan banyak menyumbang dalam tamadun dunia.  

Di awal abad ke-20, melalui ekspedisi keilmuan dan arkelogis di wilayah Jalur Sutera, di Uighuristan dijumpai peninggalan kuno bangsa Uighur berupa kuil-kuil, runtuhan biara, lukisan dinding, dan barang-barang lain, juga buku dan dokumen. Peneroka Eropah, AS, walaupun Jepun sangat kagum terhadap kekayaan sejarah di daerah itu. Dan laporan-laporan merekalah yang mengundang kedatangan orang luar ke sana


Saat ini, peninggalan peradaban Uighur banyak tersimpan di muzium Berlin, London, Paris, Tokyo, Leningrad, dan Muzium Islam di New Delhi, India. Berabad-abad lalu, Uighur telah menggunakan skrip tulisan. Saat bersatu di bawah Kerajaan Uighur-Kok Turk abad ke-6 dan ke-7, mereka menggunakan tulisan Orkhun, yang lalu diadposi menjadi tulisan Uighur. Tulisan ini digunakan hampir 800 tahun, tidak hanya oleh bangsa Uighur tetapi juga oleh suku-suku puak Turki lain, oleh orang Mongol (saat empayar Genghis Khan), oleh orang Manchu (terutama pada masa awal Manchu mula menguasai China).  

Setelah memeluk Islam di abad ke-10, Uighur menyerap alpabet Arab. Sejak dulu, banyak orang Uighur menjadi pengajar di empayar China, menjadi duta besar di Rome, Istambul, Baghdad. Kebanyakan karya sastera awal kewujudan Uighur diterjemahkan ke teks agama Buddha dan Manichean. Namun ada juga karya naratif, puisi dan epik yang telah diterjemahkan ke bahasa Jerman, Inggeris dan Rusia.  


Walau telah memeluk Islam, dominasi kebudayan Uighur asli tetap berlangsung di Asia Tengah. Malah dengan kemasukan Islam, karya sastera dan ilmu Uighur semakin berkembang. Beberapa karya sastera yang terkenal misalnya Kutatku bilik karya Yusuf Has Najib (1069-1070), Divani Lugarit Turk oleh Mahmud Kashari, dan Atabetul Hakayik oleh Ahmet Yukneki. Bangsa Uighur juga dikenali ahli perubatan.  

Zaman Dinasti Sung (906-960), seorang ahli ubat-ubatan Uighur bernama Nanto mengembara ke China. Ia membawa pelbagai jenis ubat yang saat itu belum dikenal di China. Bangsa ini pada masa itu itu telah mengenal 103 Tumbuan ubat - dicatat dalam buku ubat-ubatan China oleh Shi-zhen Li (1518-1593). Bahkan sebahagian ahli barat percaya akupuntur bukan asal milik orang Cina, tapi awalnya dibangunkan Uighur
Lihat huruf Arab Uighur.

Orang Uighur juga mempunyai kemampuan seni bina, muzik, seni dan lukisan yang tinggi. Mereka bahkan telah boleh mencetak buku berabad-abad sebelum ditemui oleh Gutenberg. Pada abad pertengahan, karya sasta, teater, muzik dan lukisan sasterawan China juga sangat dipengaruhi Uighur. Yen-de Wang, seorang dutabesar China (981-984) untuk kerajaan Kharakhoja-Uighur menulis dalam biografinya

"Saya sangat terkesan dengan tinggi peradaban di kerajaan Uighur. Keindahan kuil-candinya, biara, lukisan dinding, patung, menara-menara, kebun, rumah-rumah dan istana-istana di seluruh negeri tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bangsaa Uighur sangat ahli dalam kerajian emas dan perak, dan tembikar. Orang berkata Tuhan telah mewariskan keahlian-Nya hanya pada bangsa ini.  
"Sebelum kemasukan Islam, Uighur menganut Shamanian, Budha dan Manicheism.
 

Saat ini, boleh dikesan kuil yang dikenali sebagai Ming Oy (Seribu Buddha) di Ughuristan. Runtuhan ditemui di bandar Kucha, Turfan dan Dunhuang, dulunya tempat tinggal orang Kanchou-Uighur. Orang Uighur memeluk Islam sejak tahun 934, ketika pemerintahan Satuk Bughra Khan, pengusaha Kharanid. Saat itu, 300 masjid megah dibina di bandar Kashgar. Islam lalu berkembangan dan menjadi satu-satunya agama orang Uighur di Uighuristan.  

Masjid-masjid yang megah karya bangsa Uighur contohnya Azna (dibina abad ke-12), Idgah (abad ke-15) dan appak Khoja (abad ke-18). Pada masa kejayaan itu di Kashgar saja telah ada 18 madrasah besar dengan lebih 2,000 pelajar baru yang masuk pertahunnya. Selain agama, di madrasah-madrasah inilah anak Uighur belajar membaca, menulis, logik, aritmatik, geometri, etik, astronomy, tibb (perubatan), pertanian.  

Pada abad ke-15 di bandar ini telah ada perpustakaan dengan koleksi 200 ratus ribu buku. Orang Uighur juga telah mengenal pertanian semiintensif sejak 200 SM. Pada abat ke-7 pertanian mereka semakin berkembang dengan menaman jagung, bijirin, kentang, kacang tanah, anggut, tembikai dan kapas.  

Mereka juga telah membangunkan sistem pengairan (Kariz) untuk mengalirkan air dari sumber yang jauh dari tanah pertanian. Satu sistem pengairan kuno ini masih boleh dilihat di bandar Turfan. Boleh dikatakan, kebudayaan Uighur mendominasi Asia Tengah sepanjang 1,000 tahun sebelum bangsa ini ditakluk penguasa Manchu yang memerintah di China. (IH/REPUBLIKA)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat 

E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails