Wednesday, December 03, 2014

IS: Lagi 2 Kakitangan K'jaan Antara 3 Ditahan.

 INILAH tiga lelaki yang ditahan polis pada Khamis dan Jumaat lalu kerana dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas IS di Syria.

KL: Dua kakitangan kerajaan antara tiga ditahan dalam serbuan di Kedah dan Kuala Lumpur kerana dipercayai terlibat dalam kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Syria termasuk menyalurkan dana kepada rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketiga-tiga rakyat tempatan berusia 23 hingga 36 tahun itu ditahan Bahagian Anti Keganasan, Cawa­ngan Khas Bukit Aman pada Khamis dan Jumaat lepas.

“Kedua-dua kakitangan kerajaan tersebut yang berusia 23 dan 28 tahun dan berkhidmat dalam satu jabatan kerajaan di Kuala Lumpur disyaki terlibat dalam menyalurkan dana kepada beberapa rakyat Malaysia yang ingin menyertai kumpulan IS di Syria.
“Seorang lagi suspek yang berusia 36 tahun pula dipercayai menyertai kumpulan militan di Syria sejak 26 Disember 2013 dan kembali ke Malaysia pada 8 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan selepas kes disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA atas kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails