Saturday, December 06, 2014

Pokok Krismas Ini Akan Dipamerkan 24 Disember Di London.



LONDON - Sebuah replika berbentuk pokok Krismas setinggi 8 meter bakal menjadi tarikan pelancong di sebuah pusat peranginan sempena menyambut perayaan Hari Natal.

DUA kakitangan Lego melakukan sentuhan terakhir bagi menyempurnakan replika berbentuk pokok Krismas yang bakal dipamerkan pada 24 Disember ini. -AFP

Pokok Krismas itu menggunakan hampir 300,000 bongkah permainan Lego di Taman Tema Legoland Windsor Resort yang terletak di bahagian barat London.

Ketua Pegawai Eksekutif Lego, Joergen Vig Knudstorp berkata, permintaan terhadap permainan tersebut tidak pernah berkurangan walaupun berlaku persaingan dengan permainan video.

“Golongan kanak-kanak di seluruh dunia masih meminati permainan ini termasuk mereka yang membesar dengan Lego,” ujarnya.

Pokok Krismas itu mengambil masa selama empat minggu untuk disiapkan dan bakal dipamerkan kepada umum bermula 24 Disember ini sempena sambutan Krismas.– AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails