Saturday, December 06, 2014

Tidak Ada Orang PAS Mahu Bawa Parti Dalam Umno/BN - Pak Daeng





PERMATANG PAUH: Bekas Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok yakin tidak ada orang PAS yang mahu membawa parti itu ke dalam Umno atau Barisan Nasional (BN).

"Ada pula orang kata PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada," tegasnya ketika menyampaikan kuliah Maghrib bertajuk Tarbiah: Pasang Surut Perjuangan pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini malam ini.

Katanya, jika ada dalam kalangan pemimpin PAS yang berangan-angan demikian kerana untuk mendapatkan jawatan menteri tetapi sebenarnya mereka tidak tahu penderitaan PAS semasa dalam BN.

"Orang itu tak tahu penderitaan PAS dalam BN, hinanya PAS dalam BN," ujar beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Sehubungan itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Daeng berharap jangan ada dalam kalangan pemimpin PAS sekarang yang berfikir ke arah itu. Sebagai pemimpin veteran dan orang tua yang berpengalaman, pada renungan beliau para pemimpin parti hari ini semakin hilang wehdatul fiqr, jauh sekali wehdatul amal.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya liqa' dan ijtimak seperti itu hendak selalu diadakan supaya dapat melahirkan para pendukung perjuangan Islam dalam kalangan anak muda yang mempunyai whdatul fikr dan wehdatul amal. Beliau juga menekankan supaya tahaluf dengan parti-parti politik lain hendaklah diteruskan shinggalah ia menjejaskan dasar perjuangan PAS.

Pak Daeng menegaskan bahawa darah dan nyawa adalah dasar perjuangan parti yang disambut laungan Allahu Akbar oleh para hadirin. Beliau turut mengimbau tahaluf PAS bersama dengan beberapa parti sebelum ini termasuk Semangat 46 yang membawa kemenangan kepada PAS di Kelantan pada Pilihan raya Umum 1990 lalu.

Mengenai tahaluf bersama DAP dan PKR, beliau berkata PAS mempunyai jasa dalam Pakatan Rakyat. Justeru, tambah bekas Ketua Penerangan PAS Pusat itu, para pemimpin PAS hendaklah mencari jalan agar semua parti dalam Pakatan Rakyat supaya menghargai jasa di antara satu sama lain.

"Biar kita semua, PKR, DAP dan PAS, semua rasakan semua berjasa dan termakan jasa," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 5/12/2014

1 comment:

5sal said...

tapi yang duk marah sangat kat husam musa sebab apa?Yang marah PASMA tu sebab apa gak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails