Thursday, December 04, 2014

Veronica Masuk Islam Bantu 1,000 Warga Belgium Peluk Islam.

Veronica

PRASANGKA buruk terhadap Islam disebabkan kerana tidak diperkenalkannya Islam yang sebenarnya pada banyak orang. Pendapat ini disampaikan oleh Veronica Cools, seorang yang masuk Islam atau muallaf asal Belgium berusia 25 tahun.

Setelah masuk Islam Veronica Cools muslimah Belgium itu berjaya membantu lebih dari 1,000 warga Belgium memeluk Islam dalam waktu 8 tahun terakhir. Beliau masuk Islam pada usia yang sangat muda. Kala itu, ia terpengaruh oleh teman-teman Muslimnya dan melakukan kajian terhadap Islam.

Awalnya ia menjadikan rumahnya sebagai pusat kajian Islam bagi Muslim Belgium yang ingin mempelajari lebih lanjut tentang Islam. Setelah mengenal Islam, ia sendiri telah mengatasi pelbagai prasangka buruk tentang Islam. Bahkan berjaya membantu keluarganya mengatasi prasangka itu

Alhamdulillah, semua keluarga dekatnya juga mengikuti jejaknya masuk Islam.

"Sebagai Muslim kita harus menjelaskan jati diri kita kepada masyarakat sebaik mungkin," kata Veronica Cools, apabila ia sedang mempersiapkan pakej buka puasa bagi pengunjung Muslim yang ingin berbuka puasa sebagaimana dikutip www.islamicnewsdaily.com.

Kini, Pusat kajian Islam yang pernah dibangunnya itu mempunyai lebih dari 1000 ahli, sebahagian besar daripada mereka adalah wanita Belgium. Menurutnya, tempat ini terbuka untuk seluruh 50,000 Muslim Belgium. (IH)

Alamat surat :
Islamic Cultural Centre Belgium (Centre Islamique et Culturel de Belgique)
14, Parc du Cinquantenaire, 1000 Brussels
Telepon : +32 (02) 735 21 73
Fax: +32 (02) 735 30 71
email : infos@centreislamique.be
Koordinat : 50°50′36″N 4°23′16″E 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails