Sunday, June 15, 2014

Darurat Faraj Di Negara Gangga..

Darurat vagina di Negeri Gangga
Demo anti-pemerkosaan di India. ©Reuters/Ahmad Masood
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

NEW Delhi, seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan perniagaan, didakwa dirogol pada Jumaat lalu oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana.

"Kami telah menahan lelaki itu atas dakwaan merogol seorang wanita Malaysia pada Jumaat. Dia penduduk Bhilwara," menurut Indo-Asian News Service memetik Timbalan Pesuruhjaya Polis (Jaipur Timur), Amandeep Singh sebagai berkata. 

Hal ini, memanggil saya mengulas kisah rogol di India, yang merebak di kalangan orang luar berkunjung ke sana, dan terakhir melibatkan rakyat Malaysia.(Lihat Rogol Di India, Libatkan Wanita M'sia Pula..)

Rogol di India, ibarat meminum air laut, seolah tidak ada habisnya. Kerajaan Negeri Hindustan di India, terharu sebab kekerasan seksual semakin menjadi. Dasar persoalan pun tak jelas. Cara berpakaian dan kasta digadang sebagai penyebabnya, namun ini juga bukan ukuran pasti. Ini persoalan paling pelik dan hampir mustahil diselesaikan. 

Begitu kata pengulas-pengulas sosial di India.  

Seperti dilapor dari harian the Guardian (5/6), sejak 1971-2012 tercatat kes rogol melonjak 10 kali ganda daripada 2,500 hingga 25 ribu. Para pegiat dan agensi Jenayah Nasional India mempunyai dokumen hanya 10 peratus daripada persoalan itu yang benar-benar dilaporkan ke polis, selebihnya menguap bagai debu ditiup angin. 

Ada dua dugaan paling mendasar mengapa kekerasan seksual pada perempuan terjadi secara brutal di Negara Sungai Gangga itu.  

Pertama: Di bandar, banyak perempuan yang berjaya dalam kerjaya, kehidupan, serta mampu menghadapi rintangan lelaki di pelbagai saloran sosial. Ini membuat lelaki cemburu kepada wanita.  

Kedua: Di luar bandar rogol beraksi atas nama kasta. Nilai pembahagian warna ini masih banyak dianut masyarakat India meski kerajaan sudah berusaha memadamnya. 

Seperti pada kes di Negari Bahagian Uttar Pradesh beberapa hari lalu (Lihat, 2 Gadis India Ini Dirogol & Digantung Di Po...), dua gadis diperkosa beramai-ramai dan digantung sebab mereka berasal dari kasta Dalit. Sebuah kasta paling rendah dan tak tersentuh.  

Meski ada dua dugaan ini namun masalah mendasar jauh lebih luas dari kekerasan seksual ini, yakni krisis sosial. Uttar Pradesh yang kini banyak dilingkupi kes-kes rogol merupakan salah satu kawasan paling miskin di India. Lebih dari 60 juta orang yang mendiami negara bahagian ini berpendapatan kurang dari RM5 sehari. Pertumbuhan pengangguran semakin pesat dan rata-rata mereka yang tidak mempunyai pekerjaan yakni kaum lelaki. 

Selain kemiskinan, struktur patriarki dan kekerasan domestik juga beberapa hal diyakini penyebab tingginya angka rogol. Lelaki tidak mempunyai pekerjaan dan wang mengecewakan sebab tuntutan sosial. Sebagai kaum yang dibangga-banggakan namun pada kenyataannya tak mampu berbuat apa pun bahkan menyara diri sendiri. Kaum lelaki menegaskan kembali identiti mereka dan kuasa dengan cara biadab dan bertindak kejam. Memperkosa. 

Ini diburukkan lagi dengan banyaknya penduduk lelaki berbanding perempuan, serta membludaknya mereka yang berusia produktif di India yakni di bawah 30 tahun. Di Uttar Pradesh sendiri tercatat nisbah jumlah wanita 912 berbanding 1,000 lelaki. Kekurangan wanita muda membuat mereka sukar mempunyai hubungan normal. Fikiran jadi tak ketahuan. 

Undang-undang anti rogol yang disahkan segera setelah kes kekerasan seks dialami mahasiswi di atas bas di Ibu Kota New Delhi ini tidak membawa perubahan ketara (E-Buku IH-64: Rogol Di India). Para pelaku menggenapkan kebejatan mereka demi menghapuskan jejak. Caranya sungguh biadab, mulai dari disiram air keras, potong lidah hingga mereka tak boleh memberi keterangan, hingga dibunuh. Dikatakan,"Nyawa perempuan sangat murah di India.". 

Meski demikian, pemuda tidak boleh sepenuhnya dipersalahkan lantaran sistem mengubah mereka menjadi seperti itu. Kerajaan mereka perlu turun tangan segera dengan memberikan beberapa penyelesaian ekonomi dan sosial agar mereka tak melepaskan frustasinya pada kaum perempuan. Jika ini tak dikerjakan, faraj perlu membayar harga atas kekejaman sistem mereka itu. Setakat ini, India antara negara perogol tetinggi di dunia, selain 4 negara lagi di bawahnya.

Pakar-pakar perundangan dan ekonomi Islam juga perlu menjenguk ke sana. Hak asasi mereka perlu dibela, di sana juga dakwah diperlukan. Apalagi di India termasuk negara yang ramai umat Islam. Perundangan Islam boleh diujikaji di sana. Kerana ada yang menyebutkan, di Negeri Gangga itu sekarang  sedang dilanda serangan 'darurat faraj'.  

Sekian, bersambung lagi, insya Allah.


Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 
09 Jun 2014
KL

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails