Tuesday, June 17, 2014

Negara Islam Atau Sekular? K/Hakim Perlu Perjelas -Dr Abdul Aziz Bari.

   
Aziz Bari

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria perlu membuat pendirian sama ada beliau bersetuju Malaysia adalah negara Islam atau negara sekular, kata Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari. 

Abdul Aziz bersetuju dengan cadangan MP Puchong Gobind Singh Deo bahawa kerajaan sepatutnya menggunakan Artikel 130 Perlembagaan Persekutuan untuk mendapat penjelasan berkaitan perkara ini. Menurutnya, Mahkamah Persekutuan khususnya ketua hakim negara mesti menunjukkan kepemimpinan dalam perkara itu seperti yang diamalkan oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat sejak bertahun-tahun.

"Mahkamah itu mungkin boleh membuat kesilapan, tetapi mereka boleh memindanya kemudian, itulah sebabnya mereka tidak terikat dengan keputusan mereka," katanya. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails