Tuesday, June 17, 2014

Bongkar, Adik Sharizat Dapat Konsesi UiTM Seremban -Rafizi Ramli


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan adik kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat konsesi pembinaan kampus UiTM cawangan Seremban. Gambar fail The Malaysian Insider. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan adik kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat konsesi pembinaan kampus UiTM cawangan Seremban. Gambar fail The Malaysian Insider.


















PKR hari ini mendedahkan konsesi pembinaan kampus Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) cawangan Seremban diberikan kepada syarikat yang dimiliki adik Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Datuk Shahrir Abdul Jalil, iaitu adik kepada Sharizat memperolehi perjanjian konsesi itu melalui syarikat Tentu Selesa Sdn Bhd di mana rakan kongsinya juga berkait rapat dengan Umno.

"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia dikuasai dua tokoh rapat dengan Umno selain adik Sharizat, Datuk Aidit Ghazali merupakan timbalan presiden Jalur Tiga (Jati)," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Semalam, Rafizi turut mendedahkan penyerahan konsesi pembinaan cawangan UiTM Pasir Gudang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Bertam, Shariful Azhar Othman. – 17 Jun, 2014.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails