Tuesday, June 17, 2014

Sambil Tonton Piala Dunia, 18 GRO Ditahan.

Foto
POLIS memeriksa wanita warga asing yang ditahan.

Klang: Polis menahan 18 wanita warga asing dipercayai GRO di sebuah kafe di Jalan Makyong, Bandar Bukit Raja, di sini, semalam.

Dalam serbuan dijalankan Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 10 malam itu, wanita terbabit sedang asyik melayan pelanggan yang datang ke kafe berkenaan untuk menonton perlawanan Piala Dunia.

Ketua Operasi Asisten Superintendan Mohd Shukri Abdullah berkata, kesemua 18 wanita terbabit berasal dari Vietnam dan Thailand dan berusia antara 18 hingga 30 tahun.

"Serbuan dijalankan berdasarkan intipan dijalankan pihak polis terhadap kafe berkenaan sejak lebih dua minggu lalu dan kita dapati mereka turut menawarkan perkhidmatan seks di luar premis.

"Semua yang ditahan didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial manakala kafe berkenaan pula tidak mempunyai lesen premis hiburan," katanya. (myMetro)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails