Wednesday, June 18, 2014

Pengedar Dadah Guna Roket Anti Kereta Kebal Bedil Polis.

AFP POLIS mengadakan sekatan jalan raya di pintu masuk menuju ke Kampung Lazarat di selatan ibu kota Albania, Tirana semalam.

TIRANA - Sejumlah pengedar dadah melepaskan bedilan mesingan berat dan pelancar grenad terhadap pasukan polis semalam ketika mereka cuba memasuki sebuah perkampungan yang terkenal sebagai pusat pengeluaran ganja di Albania, kata pihak berkuasa.

Polis berkata, sekurang-kurang 500 anggotanya cuba untuk masuk ke kampung Lazarat yang terletak 240 kilometer dari sini bagi memusnahkan stok simpanan ganja di kawasan itu. Menurut polis, tiada kecederaan dilaporkan dalam serbuan di lokasi tersebut.

"Polis berjaya menguasai Lazarat selepas berbalas tembakan dengan hampir 30 lelaki bersenjata yang bersembunyi di dalam se buah bangunan di kampung itu," kata seorang jurucakap pihak berkuasa.

Menurutnya, kumpulan lelaki bersenjata itu kemudian melarikan diri ke kawasan pergunungan berhampiran. Kampung itu mengeluarkan 900 tan ganja yang bernilai AS$6.1 bilion (RM19.6 bilion) pada setiap tahun atau menyamai separuh daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Albania.
Pihak berkuasa turut menggesa penduduk kampung berkenaan supaya meletakkan senjata mereka. - Agensi

Komen Weblpg Ibnu Hasyim: Mungkinkah perkara begini berlaku di Malaysia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails