Thursday, June 19, 2014

Selamat Pulang Presiden PAS!











KL:Selamat Pulang Presiden PAS!  Demikian ucapan alu-aluan dari editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr HjMohd Hasyim.

Diucapkan setelah Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan bahawa Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah selamat tiba di tanah air pada petang semalam seperti laporan Harakahdaily.

Menurut Harakah Daily, Tuan Guru Abdul Hadi telah menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital berhampiran dengan tempat persidangan di Istanbul, Turki akibat dari komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.

“Walaupun kesihatan beliau sudah bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, tetapi pihak doktor perubatan masih menasihati beliau supaya dapat terus berehat untuk satu tempoh masa yang tertentu,” ujar Dr Ahmad Samsuri dalam satu kenyataan media ringkas.

Sehubungan dengan itu juga, katanya adalah diminta supaya ahli-ahli dan kepimpinan parti serta rakan-rakan lainnya dapat memberikan ruang secukupnya kepada Presiden PAS untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat bertemu dan seterusnya memberikan komitmen terhadap program parti dan masyarakat.

Tuan Guru Abdul Hadi dimasukkan ke wad ICU hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul pada 30 Mei lalu selepas mengadu sesak nafas. -(IH/HARAKAHDAILY 19/6/2014)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails