Tuesday, June 17, 2014

48 Terbunuh Serangan Di Kenya, Al Shabaab Dipersalahkan.


REUTERS: PENDUDUK menghimpunkan mayat orang ramai yang terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang bandar Mpeketoni di Kenya semalam.

MOMBASA, Kenya - Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh, manakala yang lain tercedera apabila lebih 20 lelaki bersenjata yang tidak dikenali menyerang sebuah bandar tepi pantai Kenya semalam, kata pihak polis.

Penyerang berkenaan menyasar dua buah hotel, sebuah bank dan sebuah balai polis dengan senjata api. Malah, sekurang-kurangnya sebutir bom diletupkan pada malam kelmarin. Pihak polis berkata, kumpulan lelaki bersenjata itu dipercayai merupakan pejuang Islam atau penjenayah. Dalam kejadian itu, kumpulan pemberontak Somalia, Al Shabaab dipersalahkan.

Negara-negara Barat telah mengeluarkan amaran kepada rakyatnya supaya tidak melancong ke Kenya berikutan serangan tersebut. sekali gus boleh menjejaskan sektor pelancongan Kenya. Jumlah kematian kelmarin merupakan yang tertinggi selepas 67 orang terbunuh dalam satu serangan pada September lalu di sebuah pasar raya di Westgate, Nairobi.

Al Shabaab pula yang mengaku melakukan serangan itu berkata, pihaknya mahu memaksa Kenya menarik balik pasukan tentera dari Somalia, namun Kenya enggan berbuat demikian. - Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails