Monday, March 17, 2014

Militan Islam M'sia Rampas Pesawat MH370. Siapa Perancang?



CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

HARI ini, Kosmo Online melaporkan berita Agensi dari London, seorang pemberi maklumat kumpulan Al-Qaeda, Saajid Badat pernah memberitahu sebuah mahkamah di New York bahawa sekumpulan lelaki Malaysia merancang merampas sebuah kapal terbang, seperti lapor akhbar Daily Telegraph kelmarin.
SIMULATOR penerbangan milik Kapten Zaharie diambil oleh pihak polis untuk diperiksa oleh pakar-pakar keselamatan. 

Sekumpulan lelaki Malaysia merancang merampas pesawat.

Menurut akhbar itu, ekoran pendedahan itu, terdapat spekulasi bahawa rampasan pesawat itu didalangi oleh kumpulan pengganas Al-Qaeda. Kata laporan itu, satu siasatan dijalankan berhubung sebuah kumpulan militan Islam di Malaysia yang merampas pesawat itu.

Saajid memberitahu kumpulan itu merancang meletupkan pintu kokpit dengan menggunakan sebuah bom yang disembunyi di dalam kasut. Beberapa pakar keselamatan berkata, bukti yang dikemukakan lelaki itu boleh dipercayai.

Saajid berkata, dia berjumpa dengan beberapa lelaki Malaysia di Afghanistan dan salah seorang daripada mereka adalah juruterbang. Katanya, dia memberi sebuah bom kasut yang boleh digunakan untuk merampas sebuah pesawat. Saajid membuat pendedahan itu dalam satu perbicaraan di New York melibatkan menantu Osama bin Laden, Sulaiman Abu Ghaith.

Jelasnya, rancangan itu dirancang oleh seorang pemimpin Al-Qaeda, Khalid Sheikh Mohammed yang juga perancang serangan terhadap AS pada 9 November 2011.

Sementara itu, pakar-pakar keselamatan juga bimbang kemungkinan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) dirampas menggunakan 'telefon bimbit', lapor akhbar Daily Express semalam.
Beberapa pakar perisikan percaya pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dikawal oleh sebuah alat kawalan jauh.

Akhbar Daily Express juga melaporkan bahawa kelajuan pesawat, ketinggian atau arah juga boleh ditukar menggunakan isyarat elektronik. Mereka yang disyaki terlibat dalam rampasan itu kemungkinan kumpulan pengganas atau sebuah negara asing.

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perancang Perampasan Pesawat MH370?

Akhbar Daily Mail juga melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia, yang mensabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Akhbar Britian tersebut mendedahkan beberapa jam selepas sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Kapten Zaharie Ahmad Shah pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar. Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun. Akhbar tersebut turut memetik sumber polis yang mengesahkan Zaharie, 53, merupakan seorang aktivis yang lantang dan berkemungkinan kecewa dengan keputusan mahkamah.

Semalam polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan itu. Polis Malaysia telah mengambil simulator penerbangan daripada rumah juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah untuk diperiksa oleh pakar-pakar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pakar kini sedang memeriksa simulator milik juruterbang itu dengan harapan mendapat petunjuk bagi membantu mencari kehilangan pesawat tersebut.

"Kami telah ke rumah beliau petang semalam (kelmarin) dan mengambil simulator serta semua yang dapat membantu kami.
"Kami menanggalkannya (simulator) di rumah dan memasangnya semula di pejabat kami," katanya pada sidang media yang diketuai Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini semalam.

Apakah lepas ini rumah Anwat Ibrahim juga akan digeledah? Atau di'caribukti'kan beliau sebagai perancang perampasan pesawat? Demikian liciknya berita sehingga mampu menyalahkan yang tidak salah dan membebaskan yang bersalah.

Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 
17 Mac 2014
KL

Lihat paparan pemikiran Ibnu Hasyim..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails