Friday, March 21, 2014

Tersebar Gambar Tauke Peluk Gadis. Sudah Sudah La..

HALAMAN HIBURAN

Kumpulan Jambu dianggotai oleh Yus dan Tauke. Warna merah jambu atau pink yang menjadi pilihan kumpulan pelawak itu seringkali mencuit hati penonton bilamana mereka membuat lawak di atas pentas MLM atau dimana-mana pentas sekali pun. 

Ada saja lawak-lawak up2date yang dipersembahkan kepada penonton. Adakalanya lawak berunsur dewasa juga keterlaluan untuk dipersembahkan tetapi ia tetap menghiburkan para peminat dan penonton.

Namun, hari ini tersebar pula gambar Tauke memeluk seorang gadis di kelab malam. Gambar ini sekaligus mengesahkan spekulasi liar yang mendakwa Tauke gemar bersosial di kelab malam atau kelab haram. Bukan itu saja, malah Tauke juga dilabelkan sebagai 'kaki perempuan'.
Tauke yang dihubungi oleh pihak media menjelaskan itu adalah gambar lama yang sudah tersebar sejak sekian lama. Menurutnya lagi, dia mengaku dirinya berada di kelab malam tersebut dengan rakan-rakannya setelah selesai sesi penggambaran. Tauke akui dia tidak mengenali gadis berkenaan, dan gadis itu meminta Tauke memeluknya. 

Untuk tidak mengecewakan peminat, Tauke pun menuruti kehendak gadis itu. 
Akan tetapi, Tauke menjelaskan dia sudah tidak menjejakkan kaki ke kelab malam lagi. Dia kini mahu lebih fokus kepada kerjayanya dan dia akan lebih berhati-hati selepas ini. - My Media Hub (kredit foto OhMedia!)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Harap berita ini tak betul. Sudah-sudah lah.. Buang yang keruh ambil yang jernih. Tentukan, hari ini lebih baik dari semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails