Dialog inisiatif diumumkan Kementerian Agama Arab Saudi disebut, ' As-sakinah ' telah menjumpai fakta bagi muslimat Al - Qaeda menggunakan laman - laman internet untuk merekrut anak - anak muda . Ini seperti dilaporkan akhbar Al - Hayat , semalam .
Tujuan mereka adalah untuk mensasarkan anak - anak muda baik lelaki atau perempuan yang kerap melayari di Internet , terutama laman - laman web sukan dan muzik , seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya , Khamis 20 Mac semalam .
Sumber - sumber di bahagian kempen As-sakinah mengesahkan Al - Qaeda telah memulakan sebuah 'pencerobohan' terbaru dilakukan oleh generasi kedua muslimat mereka buat menyasarkan laman - laman web dan pelbagai forum .
Sumber itu berkata tujuan dari tindakan ini adalah untuk menarik sejumlah besar orang dengan cara terancang dan rahsia . Mereka menjelaskan wanita ini muncul ke permukaan setelah generasi pertama bubar sebagai akibat dari kematian , melarikan diri atau penangkapan . Sumber juga menyatakan mereka beroperasi baik dari dalam Arab Saudi dan luar negeri .
Sumber juga mengisyaratkan pegiat perempuan di Saudi yang telah berkempen di dunia maya telah menurun , tetapi mereka masih memimpin pelbagai kempen bertujuan untuk merekrut pengikut baru dan menerbitkan artikel - artikel , kenyataan , dan filem untuk mempromosikan organisasi mereka .
Kaedah mereka adalah untuk mengambil bahagian di pelbagai laman web dan forum secara individu dan berinteraksi dengan orang ramai . Sumber mendakwa para perempuan ini mengelakkan dialog dan perbincangan boleh memalukan organisasi mereka atau mendedahkan kelemahan mereka , terutama sejak As-sakinah telah membuat banyak kejayaan dalam melibatkan mereka dengan perbincangan damai .
Sumber juga mengatakan, terdapat sebuah artikel , ditulis dan dimuat naik di laman web Al - Qaeda oleh salah seorang dari muslimat-muslimat ini membangkitkan kembali tekad penyokong Al - Qaeda untuk terus maju dalam mencapai tujuan mereka .
Rabeebah Al-Selah adalah gelaran bagi muslimat mereka yang digunakan di banyak laman web Al-Qaeda (IH).
No comments:
Post a Comment