Friday, March 21, 2014

SPM 2013: 2 Pelajar Maahad Perempuan Dapat 12A






KOTA BHARU: Dua pelajar Maahad Muhammadi Perempuan mencatat keputusan cemerlang apabila mendapat 12A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Manakala tiga pelajar mendapat 10 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), Mansor Daud berkata, 27 pelajar mendapat 11A dan 15 pelajar (10A).

“Gred Putara (GP) sekolah meningkat kepada 2.6 bagi keputusan tahun ini berbanding 2.7 tahun lepas,” katanya dihubungi di sini.

MMP antara sekolah kawalan di Kelantan yang berjaya mengekalkan pencapaian 100 peratus dalam peperiksaan tersebut.

Sementara itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob merakam ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan SPM. Katanya, semoga kejayaan yang diterima menjadi hadiah paling berharga atas usaha dilakukan selama ini khususnya kepada ibu bapa yang banyak berkorban demi kejayaan anak-anak.

“Tidak lupa kepada mereka yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan, janganlah keputusan ini dianggap sebagai satu noktah dalam perjuangan menuntut ilmu pengetahuan.
“Peluang masih ada di hadapan, tingkatkan usaha untuk berjaya dalam kehidupan. Saya yakin insya Allah, usaha dan ikhtiar tanpa henti akan menemui kejayaan juga akhirnya,” katanya. (HD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails