Wednesday, March 19, 2014

Rakyat Jatuhkan Najib Dalam 5 Bulan.. -Tian Chua


Polis hari ini menyiasat Naib Presiden PKR Tian Chua ekoran kenyataannya berhubung “menjatuhkan Najib dalam 5 bulan” di Twitternya pada 7 Mac lalu.

Anggota Parlimen batu itu hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Seksyen itu antaranya memperuntukkan kesalahan mencetak, menerbit, menjual dan mengedar penerbitan bertujuan menghasut.

Sabitan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun (bagi kali pertama) dan lima tahun (kesalahan berikutnya), atau kedua-duanya.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang sebelum ini menulis:

"Najib hukum Anwar dipenjarakan 5 tahun - rakyat akan menjatuhkan Najib dalam 5 bulan, saya berjanji kepada anda!"

Ia dipercayai dibuat ekoran perasaan tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman itu kepada Anwar selepas memutuskannya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Pengurus Komunikasi PKR Batu Vinesh Nair, Tian Chua juga ditahan dalam tempoh singkat kerana enggan membenarkan komputer tablet iPad miliknya diperiksa.

"Tian Chua tidak berpuas hati dengan tindakan itu, sekarang merancang untuk membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi," kata vinesh ketika dihubungi Malaysiakini.

Tian Chua disiasat kira-kira sejam bermula jam 10 pagi tadi. (MK)

2 comments:

Anonymous said...

Anonymous said...
Oleh kerana perjuangan Wan Azizah yg paling utama di PRK Kajang ialah membela Anwar,jadi sebagai org Islam saya tidak akan mengundi beliau.

Ini adalah kerana saya sangat yakin Anwar memang melakukan liwat tersebut berdasarkan bukti-bukti mahkamah dan juga kegagalan Anwar dari segi moralnya utk melakukan perkara yg sama seperti apa yg Saiful lakukan.

Saiful dgn berani membuat lapuran polis,membuat pemereksaan doctor ,menyerahkan DNAnya secara sukarela utk di uji, berdiri di kandang saksi utk di soal balas oleh peguam bela dan paling utama keberanian beliau bersumpah laknat bagi membuktikan beliau benar.

Semua ini satu pun tidak di lakukan oleh Anwar.

Saya takut jika saya mengundi Wan Azizah,saya pula yg di laknat Allah kerana membela seorang peliwat satu perbuatan keji yg dilaknat Allah dan Rasull Nya.

Jadi lebih baiklah saya menjauhkan diri dari menyokong beliau.

Lagi pun saya dapati satu ketika dulu Wan Azizah pernah berbohong dalam kes jam Omega dulu.

Unknown said...

ko sorang je yang menjadi pengikut tegar bn. dan orang lain tak suruh pun kau undi azizah. kau tu pun bukan baik sgt pun. yang pasti rakyat semakin sedar siapa bn. sebab itu bn makin jauh di hati rakyat.umno pulak masih dengan ditakuk lama....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails