Friday, March 21, 2014

FMFA Maut. Menteri Berkaitan Patut Letak Jawatan.


HALAMAN HIBURAN

Kematian enam pengunjung FMFA adalah peristiwa yang amat menyedihkan apatah lagi di masa yang sama, 14 pengunjung dirawat di tiga hospital di sekitar Kuala Lumpur akibat penyalahgunaan dadah dan penggunaan arak secara berlebihan. Sejumlah 40 orang telah ditangkap polis berkaitan pemilikan dadah ecstacy, ganja dan jenis yang belum dikenal pasti.

Mengulas isu itu, PAS Sarawak kesal dengan insiden kematian pada konsert FMFA 2014 di saat negara bersedih atas kehilangan serta ketidaktentuan nasib penumpang pesawat MH370.

"Konsert tersebut kononnya berperanan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai hab muzik antarabangsa sekaligus menaikkan nama Malaysia di persada pelancongan bagi masyarakat Eropah.

"PAS Negeri Sarawak mendesak kerajaan agar memberhentikan setiap bentuk hiburan ketika ini bagi menjaga sensitiviti rakyat malah mencadangkan agar segala bentuk konsert seperti ini diharamkan," tegas Pesuruhjaya PAS negeri, Adam Ahid (gambar).

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, beliau mahu kerajaan mengkaji semula aktiviti yang terkandung dalam kalendar TMM2014 terutama membabitkan konsert-konsert liar dan artis luar negara.

"Banyak lagi konsert hiburan yang boleh kerajaan Malaysia anjurkan untuk dipersembahkan sebagai daya tarikan pelancong.
"Pelancong yang datang bukan semata-mata ingin berhibur tetapi ingin melihat budaya masyarakat berbilang bangsa yang terdapat di Malaysia yang tidak dapat mereka temui di negara mereka.
"Hiburan import dari negara mereka bukan sebenarnya tarikan utama pelancong Barat untuk melawat Malaysia," tegas Adam.

PAS Sarawak berharap kerajaan dapat mencari keadah terbaik bagi mempromosikan Malaysia sebagai "sebuah negara Islam contoh".

Ibnu Hasyim
 Sementara itu, weblog Ibnu Hasyim ada memberi komen  mengenai masalah itu dan menyeru supaya pemimpin berkaitan yang bertanggung jawab letak jawatan.

"Kita yakin kerajaan Malaysia masih tetap bersikap 'pekak babi' terdahap kritikan masalah-masalah rakyat. 
"Apalagi dari rakyat kerdil, yang mereka lihat dari atas nampak macam semut-semut hitam kecil sahaja. Tetapi mereka lupa, rakyat juga melihat mereka yang tidak bertanggung jawab dari bawah itu kecil macam semut hitam itu juga.
 "Kita harap menteri atau jabatan yang bertanggungjawab atas kematian itu, wajar letak jawatan saja!" Kata editornya Hj Mohd Hasyim.

Sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

Ibnu Hashim...Hang nie Boddo ... Boddo ... Boddo...

Sikit2 Menteri Letak Jawatan...

Lembu kata Ya Allah ..Hamba mu Ibnu Hashim Blogger tu mengSIA-SIAkan Akal yang ENGKAU Ya Allah anugerahkan...

Semoga Engkau berikan petunjuk hidayah kpdnya.. Kerana Engkau Maha Mengetahui..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails