Tuesday, March 18, 2014

Lagi Pesta Liar 'Life in Color Malaysia'. Batalkan! -Nasrudin Hassan

HALAMAN HIBURAN

HARI ini, Kerajaan Malaysia didesak supaya membatalkan satu lagi pesta liar Life in Color Malaysia yang dianjurkan oleh Furture Sound Asia dan Zouk. Ianya supported by Malaysia Major Events Division Of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB). Anjuran di bawah Ministry Of Tourism and Culture Malaysia, pula Served by Heineken sebuah syarikat arak.

Desakan ini dibuat oleh individu bernama Nasrudin Hassan melalui Harakah Daily.net.

Menurut beliau, pesta liar yang akan berlangsung pada 19 April 2014 di Go Kart Circuit Sepang International Circuit,

"...Pastinya ia akan mencetus kemurkaan Allah swt dan sekaligus bakal mengundang bala dan musibah kepada negara ini."

Sekarang ini, negara masih gempar apabila berita 6 orang terbunuh dan 3 orang berada dalam keadaan kritikal ekoran pengambilan dadah berlebihan sewaktu mereka menghadiri Konsert Future Music Festival Asia anjuran Live Scape Sdn Bhd di Stadium Bukit Jalil pada 13 dan 14 Mac yang lalu sebelum dibatalkan pada 15 Mac 2014.

"Saya difahamkan pada hari pertama berlangsungnya Konsert tersebut telah berlakunya penangkapan kerana pengambilan dadah tetapi konsert itu tetap diteruskan sehingga berlaku insiden yang sangat memalukan pada hari kedua konsert tersebut, melibatkan anak bangsa sendiri yang beragama Islam.

"Mengharapkan serik dengan apa yang berlaku, saya mendesak supaya Kerajaan Malaysia membatalkan satu lagi pesta liar Life in Color Malaysia yang dianjurkan oleh Furture Sound Asia dan Zouk.. dan ianya Supported by Malaysia Major Events Division Of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB)..  di bawah Ministry Of Tourism and Culture Malaysia...  pula Served by Heineken sebuah syarikat arak." Ujarnya.

Akhirnya, beliau memetik ungkapan sahabat beliau, Yb Ustaz Nik Mohd Abduh dari Pasir Mas laman sosialnya,  "Kamu haramkan dadah, kamu halalkan konsert dadah. Kamu haramkan anak zina, kamu halalkan pergaulan bebas. Kamu mahu syurga, kamu bergerak ke neraka."

Itulah, dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang mengaku Negara Islam... (IH)

4 comments:

Unknown said...

apasal suruh batal ...??? suruh buat banyak-banyak lagi bagus ...!!! bagi masuk free ... bagi dadah free ... bagi arak free ... bagi buat sex free ... !!! lagi ramai yang mati lagi bagus ... boleh masuk genieus book of record ... 1malaysia negara pesta ... best in the world second to nun ... nazri aziz boleh dapat hadiah nobel nanti .....!!!

mohd.azrul said...

Pemimpin.malaysia.mengaku.negara.islam.tapi.hiburan.melampau.teruk.malaysia.ingat.malaysia.macam.amerika.

Anonymous said...

Cukup2lah tu x serik ke? Nak mati ramai lagi baru nak sedar..hentkanlah..

Anonymous said...

Cukup2cukuplah rakyat Malaysia ooii jgn tarik bala lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails