Monday, March 17, 2014

Wartawan AS Selar M'sia Kaitkan MH370 Dg Seteru Politiknya.

Juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dikatakan penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.



Wartawan kanan Amerika Syarikat (AS) menyelar cubaan kerajaan Malaysia mengaitkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan seteru politiknya apabila mendapati juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah penyokong pembangkang.

Akhbar tabloid Britain, Daily Mail semalam menggambarkan Zaharie sebagai penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memetik sumber rasmi Malaysia yang sedang menyiasat latar belakang politik juruterbang itu.

Namun, pengarang hubungan luar majalah isu semasa AS, Slate.com, William J Dobson, berkata meskipun Zaharie merupakan penyokong Anwar namun tuduhan beliau menjadi dalang kehilangan pesawat perlu dihentikan.

 "Apa jua yang berlaku kepada pesawat MH370, sokongan Zaharie terhadap Anwar menunjukkan dia berpijak kepada realiti," katanya.

Sebelum ini akhbar Daily Mail turut menggambarkan Zaharie penyokong fanatik Anwar.
"Penyokong fanatik Anwar Ibrahim, bunyinya menggerunkan," katanya mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Anwar bersalah dalam tuduhan meliwat.

7 Mac lalu, Zaharie dikatakan hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Anwar.
Dobson yang beberapa kali pernah menemubual Anwar berkata, sebilangan rakyat Malaysia melihat pertuduhan liwat Anwar secara serius.

"Anwar cuba menumbangkan kerajaan rejim autoritarian melalui pilihan raya dan bukan melalui keganasan. Maka juruterbang MH370 merupakan penyokong fanatik ketenangan dan menyokong pluralisasi dan demokrasi di Malaysia," katanya.

Dobson juga menggambarkan pihak berkuasa Malaysia melakukan siasatan dengan cara rasuah, nepotisme berlarutan selain mengumpul harta dan kekal berkuasa.

"Kenyataan tentang politik Malaysia: Meskipun segalanya kembali kepada Anwar. Lebih lama siasatan lemah dan meraba-raba terhadap MH370, semakin meletus pemimpin pembangkang negara demokrasi," katanya. - 17 Mac, 2014. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails