Wednesday, March 19, 2014

1,424 Kes Rogol Bawah 16 Tahun Dilapor Tahun Lalu.


Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu kes rogol membabitkan mangsa berusia bawah 16 tahun mencatatkan penurunan daripada 1,550 kes pada 2012 kepada 1,424 pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata mangsa berusia 13 hingga 16 tahun meliputi hampir 90% daripada jumlah kes yang dilaporkan.

Katanya, daripada jumlah kes yang dilapor, kaum Melayu mencatatkan 1,147 kes, Cina (62), India (32) dan lain-lain kaum (183) ketika menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu). Bagi 2012 pula, 1,243 kes membabitkan kaum Melayu, 73 kaum Cina, diikuti India (45) dan lain-lain kaum (189).

Katanya, kerajaan memandang serius kes rogol terutamanya membabitkan mangsa bawah umur dan polis mengambil pelbagai langkah termasuk menubuhkan Bahagian D11 dalam Jabatan Siasatan Jenayah bagi mengendalikan kes seksual, penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga.

Kerajaan, katanya, turut menubuhkan perkhidmatan One Stop Crisis Centre (OSCC) di hospital bagi menangani kes rogol secara lebih profesional selain menyediakan khidmat kaunseling dan 'Child Interview Centre'. - Bernama, 18 Mac, 2014.

 Ini hukum sebat 'gila babi' yang zalim, dari undang buatan manusia.. hukum Islam tidak begini..
 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kaji balik sistem perundangan manusia yang gagal, gantikan dengan sistem perundangan Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails