Wednesday, March 19, 2014

MH370: Setelah Militan Islam M'sia, 4 Lagi Teori Konspirasi AS/CIA.

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SETELAH saya memaparkan teori konspirasi sekumpulan lelaki Malaysia merancang merampas pesawat MH370, sila klik Militan Islam M'sia Rampas Pesawat MH370. Siapa Pe., kini kita lihat beberapa teori lagi.


MH370 Yang Hilang: 4 Teori Konspirasi  AS dan CIA

Satu: CIA Rampas pesawat ke U-Tapao  

Dipercayai CIA sengaja merampas pesawat ini dan menerbangkannya ke U-Tapao , sebuah pengkalan tentera AS di Utara Thailand . Dugaan ini muncul di laman beforeitnews.com yang menuliskan aneka terori konspirasi dan misteri . Dari maklumat rahsia, CIA sengaja menahan pesawat itu kerana punyai kepentingan. 

Di antara 153 penumpang warganegara China, ada 20 ahli persenjataan dalam pesawat ini . Maklumat ini tidak pernah terbongkar. AS merasa perlu menahan sementara 20 ahli senjata ini , selepas ketegangan di Ukraine meningkat. Mereka bimbang China akan membantu Rusia mengembangkan senjata jika konflik di Crimea benar-benar terjadi.

Bukan perkara sukar bagi AS untuk membawa pesawat MH370 ke U- Tapao. AS mempunyai peranti untuk menggagalkan radar negara lain . Mudah saja menghilangkan pesawat dari radar kemudian mendaratkannya di Thailand . Apalagi jaraknya cuma satu jam penerbangan dari lokasi terakhir MH370 terjejas di Laut China Selatan, Sabtu 8 Mac  lalu.

Untuk mengelabui negara lain , diciptakan beberapa senario. Pesawat siluman terbang ke arah bertentangan, mereka mengelirukan radar hingga disangka MH370. Kerana itu muncul spekulasi pesawat hilang sampai ke Australia, Kazakhstan dan Selat Melaka .
4 Teori konspirasi AS & CIA dalam hilangnya pesawat MH370
U-Tapao. Apa istimewa?

Dua: Kumpulan mafia kerjasama dengan AS

Ada teori pesawat MH370 diterbangkan ke Papua New Guinea oleh kumpulan tidak dikenali . Kemungkinan oleh penyeludup atau mafia dadah . Diduga mereka punya hubungan erat dengan operasi rahsia Amerika Syarikat .Tahun lalu ada satu kes yang hampir sama . Sebuah pesawat yang dikhabarkan hilang, ternyata dimanfaatkan kumpulan rahsia. 

Pesawat MH370 dipercayai terlibat dalam rampasan yang meniru taktik dua mafia dadah kelahiran Vietnam dan berkewarganegaraan Vanuatu, Vu Anh Quan Saken dan adiknya, Charles Henry Quan. Keduanya dikenali sebagai Saken Bersaudara .Dalam kejadian pada 17 Januari 2013 itu, Beforeitsnews.com melaporkan, sebuah kapal terbang dari Inggeris ke Mali . Namun tanpa diketahui , pesawat melencong ke Vanuatu dan menjemput Saken Bersaudara .  
Dalam penerbangan tersebut , Saken bersaudara ditemani tiga pengawal , bekas anggota pasukan elite tentera Inggeris . Pesawat yang dilaporkan hilang kemudian singgah di Maldives untuk mengisi bahan bakar . Nah, di tempat inilah kini pesawat Malaysia Airlines MH370 diduga hilang . Dari Maldives mereka mendarat di Port Moresby Papua New Guinea.  

Diduga kes ini tidak terbongkar kerana didakwa ada konspirasi antara kerajaan Papua New Guinea , Amerika Syarikat serta Saken Bersaudara . Apa yang diangkut dan motif penyeludupan tidak semuanya terbongkar . Tidak jelas pula apa kepentingan AS memanfaatkan rangkaian penyeludup dan mafia dadah ini. 

Tiga: AS sembunyikan pesawat

Ada yang meyakini pesawat ini diterbangkan ke Pangkalan Amerika Syarikat di Diego Garcia, sebuah kepulauan di Lautan Hindi . Hilangnya pesawat disebut - sebut sebagai senario Amerika Syarikat .Laman berita Utusan Malaysia mengutip Cabal Times menjelaskan analisa itu . Cabal Times adalah laman misteri dan berita konspirasi .Beberapa bukti menguatkan dugaan pesawat disembunyikan di Pangkalan AS Diego Garcia . 

Antara lain isyarat telefon bimbit penumpang yang masih hidup . Pesawat lenyap dari radar sama sekali, dan tidak boleh dikesan . Tentu tidak semua negara punya kemampuan membutakan satelit dan radar seperti ini . Cuma negara - negara dengan teknologi tentera seperti AS yang boleh melakukannya. Selain itu jika ada masalah , tentu pilot akan cuba pendaratan kecemasan , bukan mengambil laluan yang malah lebih jauh .

Untuk apa Amerika Syarikat menyembunyikan pesawat tersebut? Laman tersebut menduga ada usaha untuk mengeruhkan hubungan Malaysia dan China. Dari 227 penumpang ditambah 12 kru , ada 153 penumpang warga negara China dalam pesawat yang terbang dari Kuala Lumpur menuju Beijing , Sabtu 9 Mac dini hari itu .

4 Teori konspirasi AS & CIA dalam hilangnya pesawat MH370
Diego Garcia. -wikimedia.org 

Empat: Indonesia juga terlibat?

Indonesia juga disebut-sebut punyai peranan dalam menyembunyikan pesawat penerbangan MH370 ini di Diego Garcia . Radar Indonesia sudah menangkap pesawat terbang ke Pangkalan AS . Tapi Indonesia tidak berani mendedahkan hal ini kerana punya perjanjian dengan Amerika .Demikian laman Malaysia Utusan mengutip Cabalnews . Benarkah perkara ini? 

Pemerintah Indonesia santai saja menghadapi isu ini . Kakitangan Khusus Kemhan Bidang Luar Negeri Sumardi Brotodiningrat menyatakan dugaan mengenai penglibatan Indonesia sangat lucu, padahal sudah jelas Kerajaan malah membantu proses pencarian pesawat 227 penumpang tersebut.

 "Loh kita kan membantu mereka , salah satu daripada 25 negara yang bantu mencari , sampai sekarang , " kata Sumardi di ruang Palapa Kemhan , Jln . Medan Merdeka Barat no 13-14 , Jakarta Pusat , Isnin lalu.  

Menurut Sumardi, dirinya malah hairan dengan tuduhan dari kerajaan Malaysia tersebut. Pasukan yang ikut membantu pencarian pesawat yang hilang sejak Sabtu lalu , belum ada yang menuai hasil. Dia meminta Malaysia mengkoreksi tuduhan itu.

Begitulah kira-kira. Namun itu hanya teori. Wallahu 'aklam.



Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 
19 Mac 2014
KL



Lihat paparan pemikiran Ibnu Hasyim..

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails