Sunday, March 16, 2014

MH370 DiRampas Kerana Anwar Ibrahim -Daily Mail Britian

Dengan pelbagai spekulasi mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370, akhbar Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Akhbar Britian tersebut mendedahkan beberapa jam selepas sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Kapten Zaharie Ahmad Shah pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.
 Pintu masuk kawasan perumahan didiami juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah di Shah Alam, yang dipercayai diperiksa polis semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2014. Pintu masuk kawasan perumahan didiami juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah di Shah Alam, yang dipercayai diperiksa polis semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2014.

Ketua Pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.

Akhbar tersebut turut memetik sumber polis yang mengesahkan Zaharie, 53, merupakan seorang aktivis yang lantang dan berkemungkinan kecewa dengan keputusan mahkamah. Semalam polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan itu.

Menurut  Daily Mail, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu. Akhbar tabloid itu turut melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan terdapatnya serbuan dilakukan di rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail.

Menurut rakan sekerja Zaharie, beliau merupakan seorang aktivis sosial dan penyokong kuat Anwar serta sangat berminat dengan politik.

Zaharie (gambar, kiri) menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid.
Penyiasat memberitahu Daily Mail mereka kini sedang mencari bukti mengaitkan teori bahawa pandangan politik Zaharie adalah sebahagian faktor kontroversi kehilangan pesawat membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac.

"Siasatan ini banyak membabitkan sensiviti yang bukan sedikit, namun kita harus meneruskan apa sahaja sudut yang menjadi perhatian," lapor Daily Mail memetik penyiasat itu.

Zaharie dipercayai berpisah atau bercerai dengan isterinya biarpun kini mereka masih berkongsi rumah yang sama.

Laporan itu seterusnya menyatakan bahawa serbuan ke atas rumah Zaharie itu dilihat sebagai tindakan susulan selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya semalam, yang mengatakan siasatan kini beralih dan tertumpu kepada kru pesawat berdasarkan petunjuk baru.

Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.

Media antarabangsa itu memetik sumber risikan rasmi Amerika Syarikat bahawa pesawat diterbangkan seorang pakar penerbangan dan hilang dari radar pada 8 Mac.

Ia kemudiannya disusuli dengan siasatan semula ke semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu bagi mencari jawapan termasuk dakwaan kemungkinan pesawat dirampas.

Daily Mail turut melaporkan kemungkinan pesawat itu terbang sehingga 45,000 kaki di mana ia melebihi had perkhidmatan, adalah sebagai percubaan untuk tidak menyedarkan penumpang dan anak kapal. - 16 Mac, 2014. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails