Sunday, March 16, 2014

Pelakon Ini Tak Kisah Pakai Bikini, Satu Lagi Otak Dijajah.


 Sonam
 
Sebagai anak kepada aktor legenda Anil Kapoor dan melihat kepada statusnya, pasti ada pengarah terpaksa meneliti watak sesuai yang boleh diberikan kepadanya Jika itulah jangkaan anda, ia meleset sama sekali kerana Sonam bersedia untuk membawakan apa saja watak.

Contohnya dalam filem Bewakoofiyaan, Sonam perlu memakai bikini dan tiada halangan untuk dia memenuhi kemahuan skrip dan pengarah.  Kata Sonam, bapanya tahu mengenai perkara dan bersikap terbuka mengenainya.

“Dia tahu saya berbikini dalam filem itu dan dia tak kisah. Lagipun dia yang menggalakkan saya menjadi pelakon,” katanya.

Sonam berkata, dia sudah diberitahu ada babak di kolam renang dan dia perlu memakai bikini ketika menandatangani kontrak berlakon filem berkenaan.

“Walaupun saya berbikini, lensa kamera tidak tertumpu terus pada tubuh saya. Mereka ambil dari sudut lain juga.
“Ia perkara biasa. Saya pakai bikini dan terjun ke dalam kolam. Kebanyakan wanita lain juga memang memakai bikini apabila di kolam renang,” katanya. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cara berfikir seperti mereka ini, adalah cara berfikir atau otak pemikiran yang kena jajah, tak kira apa agama dan bangsa sekalipun. Islam didatangkan muka dunia untuk membebaskan fikiran manusia dari yang berserabut kacau kepada dinul fitrah, yang indah bersih tidak kacau.

Islam itu agama fitrah dan selamat.  Tidak memilih pakej Islam bererti memilih jalan tidak selamat. Pada Islam ada kunci penyelasaian selamat kepada segala masalah di muka bumi. Marilah kita berfikir secara Islam yang kadang-kadang hampir sama dengan pemikiran agama dan bangsa-bangsa lain.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails