Saturday, October 06, 2012

Melissa Saila Bertudung Bukan Berhijab?

Melissa di samping tiga cahaya mata tersayang, (dari kiri), Zahra, Noor dan Zain. 


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SEMALAM lepas sholat Asar, kami duduk mengelilingi meja, minum-minum ringan di sebuah kedai makan, sebelah pasar malam di Ampang Selangor. Seseorang menunjukkan sebuah tabloit tempatan keluaran pagi tadi yang ditinggalkan orang.

"Lihat tajuknya, 'Melissa Saila sudah berhijab." Katanya, sambil menunjukkan gambar seperti di atas."Tu, yang bertudung merah tu, nampak tangan, nampak bentuk tubuh badan... berhijabkah?

Gambar Melissa Saila, 40, dan anak-anak. Dia anak seniwati Mariani, anak suadara arwah seniwati Saloma yang terkenal dulu-dulu. Malissa adalah seorang aktres, seorang pengarah, dan kini dikatakan sudah rasmi pakai 'hijab'. Kali terakhir penampilannya tidak bertudung adalah menerusi iklan krim parut, Mederma. Pakai  hijab sejak Jun lalu, Melissa mengakui perkara itu perlu dilakukan kerana faktor umur yang semakin meningkat.

Aku belek-belek akhbar itu. "Cuba lihat betul-betul interbiau dengannya.." Kataku. "Akhbar itu tanya, sejak bila Melissa mengenakan hijab? Jawab Melissa, saya pakai 'tudung' sejak bulan enam yang lalu...Ertinya Melissa jawab tepat, dia pakai tudung bukan hijab."

"Apakah tudung itu bukan hijab?" Orang itu tanya aku lagi.

Ah, panjang pula aku kena jawab.

"Padaku, Hijab atau ħijāb ( حجاب ) adalah kata dalam bahasa Arab yang bererti 'penghalang'. Pada beberapa negara berbahasa Arab serta negara-negara Barat, kata 'hijab' lebih sering merujuk kepada 'tudung (kerudung) yang digunakan oleh wanita-wanita Muslim. Begitu juga kataguna di Alam Melayu dan lain-lain.

"Namun dalam keilmuan Islam, hijab lebih tepat merujuk kepada tatacara berpakaian yang layak dan sesuai dengan tuntunan agama." Jelasku. "Begitu hijab yang aku maksudkan, bukan semata-mata 'tudung' seperti tudung kepala orang Melayu."

Dalam Al-Quran disebutkan..
  • Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzab ayat 59)
  • Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya... (An-Nur ayat 31)
Menurut ulama Muhammad Nashiruddin Al-Albany, kriteria hijab yang benar, ialah.. 
  • hendaklah menutup seluruh badan, kecuali wajah dan dua tapak tangan, 
  • hijab bukan merupakan perhiasan, 
  • tidak nipis, tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, 
  • tidak disembur parfum, 
  • tidak menyerupai pakaian lelaki 
  • atau pakaian wanita-wanita bukan Islam
  • dan bukan merupakan pakaian untuk mencari populariti diri.
(Dikutip dari Kitab Jilbab Al-Marah Al-Muslimah fil Kitabi was Sunnah (Syaikh Al-Albany. Rujukan lain dri kitab-kitan Indonesia:Konsultasi Syariahonline: Fiqih Wanita, Hijab yang benar, Antara jilbab syar'i dan funky dan Debat Jilbab dan Cadar di Mesir: Cendikiawan yang Terbelah )

1 comment:

IbnAbdHalim said...

Betul, ramai kaum wanita yang mengaku muslim bertudung tapi tak sama dengan yang berhijab. Itu masih dikira belum menunaikan tuntunan Islam supaya berhijab. Mereka sebenarnya mengikut trend semasa. Wanita muslimah sepatutnya mendalami hukum Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails