Monday, October 01, 2012

Tarian Tiang: Nampak Kuman Diseberang Laut...

SEORANG lelaki membawa dua pelacur untuk dihantar kepada pelanggan di hotel

Gian tarian tiang darling Betong
BETONG (Selatan Thailand) – Melihat aksi ghairah penari tiang pada waktu siang selain dibelai manja sambil meminum arak di meja masing-masing menjadi salah satu sebab mengapa ramai lelaki Malaysia gian untuk ke sini berulang kali.

Situasi tersebut bukan asing di kawasan itu terutamanya di premis-premis pusat hiburan yang membolehkan lelaki Malaysia ‘cuci mata’ sebelum ‘mengangkut’ gadis pilihan dikenali sebagai darling ke bilik hotel untuk mengadakan hubungan seks. Harga yang perlu dibayar ialah antara RM150 hingga RM300.

Tinjauan Kosmo! di kawasan itu mendapati, premis dua tingkat yang terletak di sebuah lorong di pekan ini hanya dibuka selama lima jam bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang. Pelanggan hanya perlu membayar harga minuman dan tiada cas dikenakan untuk melihat tarian bogel yang dilakukan gadis berketurunan Thai itu.(Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Tahniah Kosmo, kerana meneropong maksiat macam kuman di seberang laut. Hal ini mengingatkan kita, kepada maksiat bangkai gajah terlonggok di depan mata, yang sudah berbau.. Tetapi tidak terasa dan terbau bagi yang hidungnya sudah sebati dan lunyai dengan bau busuk itu, cuma mereka terkejut tersentak bila terbau minyak atar.

Contoh-contoh pusat maksiat seperti di Belakang Mati, Bukit Bintang dan lain-lain. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails