Monday, October 01, 2012

Jom Lawat Kampung Alat Muzik Uyghur Xinjiang

 Gambar Ibnu Hasyim (kanan) bersama pemuzik tempatan di bandar Urumqi Xinjiang
 
KAMPUNG Towankewukusake, pekan Shufu, Kashgar Xinjiang, China mempunyai sejarah menghasilkan alat muzik etnik Uygur yang lama. Kampung ini dinamakan oleh Dewan Negara China sebagai "kampung alat muzik etnik Xinjiang, China" pada tahun 2000, yang penduduknya majoriti Islam.

Untuk terus memelihara tradisi mengeluarkan alat muzik etnik Uygur, pekan Shufu menempatkan kawasan perumahan tukang alat muzik yang didiami 92 keluarga, manakala kerajaan bandar Guangzhou membantu projek pembinaan kawasan perumahan berkenaan. Kawasan ini kini menjadi salah satu tempat menghasilkan alat muzik yang paling unik dan terkenal di Xinjiang.
 
Rehman Abdula kelihatan memperkenalkan alat muzik di rumahnya. 

Beberapa orang artis etnik Uygur sedang menunjukkan persembahan alat muzik.
Para pelancong melihat sejenis alat muzik etnik Uygur, "Dutar".
Kampung alat muzik etnik Xinjang.
Dua orang tukang alat muzik etnik Uygur sedang membuat alat muzik.
Rehman Abdula, 61 tahun, yang dikenali sebagai pewaris alat muzik etnik Uygur, iaitu warisan budaya bukan benda peringkat negara China, sedang membuat alat muzik "Rawap".

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails