Monday, October 01, 2012

Pakej Sundal, Apa Tiada Jalan Selesai?

TAWAR... didalangi kebanyakannya wanita warga asing.
TAWAR... didalangi kebanyakannya wanita warga asing.

KL 30 Sept 12: Bagi mendapat keuntungan segera dalam tempoh singkat, sekali gus mengelak kerugian jika diserbu pihak berkuasa, ada sindiket atau kumpulan tertentu memasang perangkap asmara kepada lelaki hidung belang yang kepingan gadis genit luar negara dengan menawarkan khidmat teman wanita sewaan melalui pakej ‘kekasih kontrak’.

Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membuat bayaran tertentu dengan harga serendah RM400 sehari dan harga berkenaan boleh mencecah hingga RM6,000 seminggu berdasarkan rupa paras dan kebijaksanaan pelanggan membuat tawaran. Selain menjadikan pelancong dan golongan kenamaan sebagai sasaran, pihak terbabit kini mula membuka ruang kepada lelaki hidung belang tempatan untuk melanggan wanita berkenaan untuk hiburan.

Sebelum ini, pakej biasa sekadar memuaskan nafsu semata-mata kerana tempahan hanya untuk beberapa jam dan sehari perkhidmatan, tapi kini dengan pakej terbaru ini, wanita boleh disewa sehingga satu minggu, malah sebulan, asalkan bayaran mengikut persetujuan.

Begitu juga dengan satu lagi berita mengejutkan, apabila gadis genit dari Eropah Timur, termasuk dari negara yang jarang dikaitkan dengan aktiviti penyundalan, dikesan menawarkan khidmat seks kepada lelaki miang di sekitar ibu kota.

Ini terbukti apabila kegiatan tidak bermoral itu berjaya dikesan Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman, yang menyerbu sebuah kelab malam di Jalan Bukit Bintang, di sini, awal pagi semalam dan menahan 18 wanita berusia antara 26 hingga 33 tahun, sebahagian besarnya dari Eropah Timur, termasuk dari Tajikistan, Kyrgyzstan dan Azerbaijan.

Difahamkan, harga dikenakan RM300 dan boleh mencecah RM2,000 mengikut paras rupa serta usia bagi setiap perkhidmatan seks kepada setiap pelanggan yang berhibur di kelab malam itu. Pelacur terbabit dikatakan sering menyasarkan pelanggan di kalangan pelancong dari negara mereka, namun lelaki tempatan turut ditawarkan perkhidmatan seks. (rujuk myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ini semua termasuk pakej sundal. Apakah tiada jalan penyelesaian bagi pihak berwajib untuk mengatasi masalah ini? Bagi kerajaan yang bertnggung jawab atau kerajaan kebajikan, hendak 1,000daya tak nak 1,000dalih. Jangan undi kerajaan yang tidak mahu dan tidak mampu menyelesaikan masalah ini dalam PRU 13 akan datang. Orang ramai perlu prihatin.

Selamat jalan BN bukan as-salamu'alaikum! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails